CALON Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kerusi Parlimen Sik, Latifah Md Yatim menempelak kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor yang dianggap memperlekehkan kemampuan calon wanita.
Latifah berkata, Manteri Besar Kedah itu tidak wajar merendah-rendahkan kemampuan wanita kerana kaum ibu khasnya mempunyai ketahanan diri yang hebat.
Bekas pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di beberapa negeri sebelum ini turut mencabar Sanusi mengikat sebiji kelapa di perutnya seperti mana seorang ibu mengandungkan anak selama sembilan 10 hari untuk merasai sendiri kegigihan golongan itu.
"Percayalah ketahanan diri wanita lebih hebat, sebab itu Allah beri wanita mengandungkan anak.
"Cuba ambil sebiji kelapa ikat di perut dia, tak usah lama tiga bukan saja. Sedangkan wanita mengandung 9 bulan 10 hari, macam gadai nyawa. Kita tanya dia (Sanusi) mampu ke tak?" katanya pada satu program di Parlimen Pokok Sena.
Sanusi dalam ceramahnya mengkritik langkah menampilkan calon wanita di kawasan Parlimen Sik dengan berkata kawasan itu luas dan luar kemampuan untuk kaum wanita berkhidmat di situ.
"Pukul tiga pagi kita boleh bayang orang betina bangkit tidur rambut setara mana? Nak pergi tolong orang banjir. Dia nak bersiap keluar daripada rumah dua jam, sesuai di Sik ini orang lelaki.
"Seorang lagi (Latifah) itu dekat umur 70 dah, tauke kopi ayah dia dulu. Kita kenal ayah dia, dia kita tak tahu," katanya.
Parlimen Sik akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Latifah dan calon Barisan Nasional (BN) Maizatul Akmam berdepan penyandang kerusi itu Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mewakili Perikatan Nasional (PN).
Latifah sementara itu menegaskan sebagai bekas pegawai SPRM, beliau telah biasa untukvbersedia 24 jam dalam melaksanakan tugas.
"Sebagai pegawai SPRM kami ini dianggap bertugas 24 jam, tengah malam dapat arahan kena buat pembongkaran, serbuan, tak menentu masa.
"Dia tak boleh cakap macam itu dan memperlekehkan wanita, dalam PAS pun ramai peratusan wanita yang bertanding atas tiket pas pun ramai, tak masuk akal dia kata macam tu," kata Latifah lagi.
Kenyataan Sanusi turut dikecam pengerusi Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Suraya Yaacob.
Katanya, panggilan 'betina' oleh pemimpin PAS itu sesuatu yang yang berbahaya dan tidak seharusnya dilontarkan pemimpin nombor satu kedah.
"Perkataan itu tidak sepatutnya keluar daripada pemimpin nombor satu di negeri ini, beliau juga mempunyai ibu dan isteri yang juga wanita.
"Betina itu bukan panggilan kebiasaan di Kedah kerana kita hanya gunakan panggilan wanita dan perempuan. Tetapi, tindakannya itu bukan melemahkan kaum wanita, sebaliknya pada dirinya sendiri dan ia tentu akan memberi kesan kepada partinya secara keseluruhanSanusi dicabar ikat kepala di perut
"Permohonan maaf pun tidak akan dapat melenyapkan apa yang telah diperkatakan individu itu," katanya.
0 Comments