Hari mengundi DUN Tioman ditunda 7 Disember


 HARI mengundi bagi DUN Tioman ditundak ke 7 Disember depan susulan kematian seorang calonnya awal pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari mengundi PRU15 bagi DUN Tioman ditunda ke 7 Disember.

Pengerusi Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan berkata SPR menetapkan tempoh berkempen selama 13 hari, selepas hari penamaan pada 23 November.

Hari mengundi awal ditetapkan pada 3 Disember.

“Calon-calon yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke pusata penamaan calon bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.

“Bakal calon baharu yang ingin bertanding…hendaklah menyerahkan kertas penamaan calon yang lengkap diisi dan disemak oleh pejabat pegawai pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa hari penamaan calon.” katanya.

Proses pengundian PRU15 di DUN Tioman ditunda susulan kematian calon Perikatan Nasional Md Yunus Ramli.

Yunus, 61, meninggal dunia di Hospital Kuala Rompin, Pahang pada 3.30 pagi tadi, dipercayai akibat komplikasi jantung.

Undian di Tioman dan Padang Seri ditangguhkan
Beliau dijadualkan bersaing dengan empat calon lain, iaitu bekas penyandang Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan), Osman A Bakar (Pejuang), dan calon bebas, Sulaiman Bakar.

Md Yunus merupakan ketua PAS Sungai Puteri dan pernah bertanding di kerusi sama pada PRU lalu.

Selain kerusi DUN Tioman, pengundian di Parlimen Padang Serai, turut ditunda kepada 7 Disember susulan kematian seorang calonnya, Karupaiya Mutusami yang mewakili Pakatan Harapan pada Rabu.



Post a Comment

0 Comments