TIGA kes dilaporkan membabitkan pengundi yang meninggal dunia ketika beratur untuk membuang undi di Kelantan dan Johor, hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu kes dilaporkan di Kota Bharu, Kelantan, manakala dua lagi kes dilaporkan di Johor.
Melalui satu kenyataan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Johor, Juhara Syed Mohamad, 57, meninggal dunia selepas mengundi di saluran 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini pada jam 9.30 pagi.
"Dia yang mengundi untuk Parlimen Pulai mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia secara mengejut.
"Wanita itu hadir ke saluran mengundi itu dalam keadaan tidak sihat hasil pemerhatian petugas saluran, tapi ingin meneruskan pengundian," menurut kenyataan itu pada Sabtu.
Mereka turut memaklumkan pengundi kedua yang meninggal dunia merupakan warga emas, Tuminah Ambiah, 85, yang sepatutnya mengundi di saluran 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lit Terk meninggal dunia pada jam 10.30 pagi.
Sementara itu pihak polis turut memaklumkan seorang petugas SPR maut ketika bertugas di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan ACS Methodist Jalan Raya Barat dekat Klang.
Salam takziah buat keluarga mangsa |
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 12.15 tengah hari memaklumkan seorang petugas SPR tidak sedarkan diri di atas ‘buggy’ semasa sedang bertugas di tempat tersebut.
0 Comments