KETUA Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil menempelak kenyataan Mohamed Azmin Ali yang memperlekeh kewibawaan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar dengan menyifatkan parti KEADILAN sebagai parti 'anak beranak'.
Fahmi dipetik laporan media berkata, pemilihan kedua-dua mereka untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini adalah berdasarkan prestasi ditunjukkan sepanjang berkhidmat untuk parti dan rakyat.
“Ia berbeza jika mereka tidak ada ‘track record,’ tetapi realitinya pimpinan seperti Wan Azizah yang banyak berkorban sejak awal permulaan parti dan kebolehan serta keupayaan beliau sebagai pemimpin tidak boleh disangkal apabila beliau dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Mohamed Azmin setakat ini tak pernah jadi TPM.
"Jadi saya ucapkan yang terbaik untuk beliau semoga dapat apa diinginkan, semoga rakyat Gombak beri isyarat paling jelas kepadanya dan suku sakat mereka bahawa perangai yang kita saksikan pada Langkah Sheraton akan jadi liang lahad (kepada beliau),” katanya dipetik Berita Harian.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga calon HARAPAN bagi Parlimen Lembah Pantai berkata, walaupun dikecam sebagai ‘parti keluarga’, sekurang-kurangnya pimpinan dalam KEADILAN mempraktikkan gaya hidup wasatiah dan tidak terbabit rasuah serta pelbagai siri pengkhianatan.
![]() |
Fahmi harap pengundi Gombak 'benam' Azmin |
“Tak ada ahli keluarga pimpinan utama HARAPAN dan KEADILAN khususnya yang ke sana sini naik jet mewah, bermewah tonton konsert di Los Angeles dan Las Vegas,” katanya.
0 Comments