Anwar gesa pengundi 'tendang' pengkhianat


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi terutama di Kuala Lumpur, Selangor serta di seluruh negara untuk memberi pengajaran kepada ahli politik digelar 'pengkhianat' pada pilihan raya kali ini.

Bercakap pada satu program di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hujung minggu lalu, Presiden KEADILAN itu menempelak golongan itu yang menurutnya telah khianat kepada rakyat terutama golongan susah yang mahu melihat perubahan.

“Jadi menteri perumahan, (tetapi) rumah rakyat pun tak naik? Kemudian buat keputusan semata-mata pertahan kuasa dan kedudukan mereka. Mana dia sumbangan mereka untuk rakyat.

“Sebab itu saya berulang kali sebut, orang Ampang, Gombak, Bandar Tun Razak dan suruh Wilayah, Selangor dan seluruh negeri di Malaysia pertamanya ajar pengkhianat humban mereka kali ni," tegasnya.

Anwar turut memberi peringatan kepada bakal-bakal calon yang diketengahkan parti itu supaya terus berpegang teguh kepada amanah diberikan rakyat.

“Sepatutnya wakil rakyat PKR tidak boleh nampak sombong dan bongkak. Tentunya tak jadi katak bangsat yang khianat (sebab) yang angkat mereka orang susah..derma seringgit, RM10.

"Tunjukkan bahawa semangat dan daya juang rakyat yang akan mengatasi, Insya-Allah dengan izin Allah semangat dan daya juang kita boleh merubah peta politik,” katanya.

Rakyat mesti tolak pemimpin khianat
Anwar bakal bertanding di kerusi Parlimen Tambun di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Sebelumnya Anwar menegaskan bahawa beliau sanggup merempuh kubu kuat Umno pada kali ini,

Namun jelasnya beliau memilih  kawasan pengkhianat bagi membawa mesej bahawa pengkhianatan dalam politik tidak boleh diterima sama sekali.


Post a Comment

0 Comments