Dr Noraishah sanggup 'mengesot' menangkan HARAPAN



BELUM pilihan raya, namun calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Putrajaya telah membuktikan komitmennya untuk memastikan gabungan itu menang.''

Disebalik ketidakupayaannya untuk bergerak seperti orang normal, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz sanggup berdepan dengan siapa sahaja termasuk bekas menteri pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin atau calon 'heavyweight' dari Barisan Nasional (BN), Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
"Saya bukannya orang yang mudah gentar sebab saya sudah susah dari dulu.  

"Saya masih boleh bergerak dan memandu. Hidup saya sangat bermakna, saya tidak pernah gentar terhadap nama dan pangkat seseorang .

"Saya berada di sini hari ini kerana saya percaya boleh lakukan terbaik. Insya-ALLAH, boleh menang (Parlimen)," katanya.

Noraishah merupakan antara tokoh profesional kekurangan upaya (OKU) terkenal, namanya diumumkan sebagai seorang dari tujuh profesional yang akan bertanding diatas kouta KEADILAN oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Pensyarah kanan di Universiti Malaya (UM) itu merupakan aktivis pesakit spina bifida.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana dalam bidang genetik serta sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah dalam bidang bioteknologi perubatan (pengkhususan developmental neurobiology) di University of London.

Beliau akan melepaskan jawatan sebagai pensyarah secara rasmi pada 4 November ini bagi memenuhi syarat untuk didaftarkan sebagai calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Nuraishah turut menegaskan bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang untuk beliau mendekati pengundi seterusnya berkhidmat untuk masyarakat andai diberi mandat kelak.

"Walaupun saya berkerusi roda tetapi saya seorang yang lasak.  

"Saya sanggup pergi ke mana sahaja dan lawat sesuatu perumahan dalam keadaan bagaimanapun, saya akan cari jalan.

"Jika saya perlu menggunakan tangga dan tidak boleh duduk atas tangga itu, saya akan mengesot menaiki tangga. Sekiranya ada yang membantu untuk mengangkat saya, saya sanggup asalkan niat kita mahu melakukan kebaikan tiada yang mustahil,” katanya sambil bersedia berkongsi nombor telefon peribadi kepada pengundi untuk berkomunikasi.

Sementara itu Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Putrajaya, Syafiq Anwar Saidi berkata, Putrajaya adalah lokasi tepat untuk Noraishah menabur khidmat bakti kepada masyarakat.

Kehadiran Ahli Akademik itu di Dewan Rakyat kelak jelasnya amat penting bagi memastikan suara golongan OKU yang sebelum ini sentiasa dipinggirkan didengari dan diwakili.

Suara Dr Noraishah penting buat golongan OKU
“Pembabitan Dr. Noraishah di kampus memang tidak asing lagi, malah beliau banyak mengetengahkan isu-isu mengenai hak kebebasan akademik dan kebebasan bersuara mahasiswa,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Syafiq turut berkata, pihaknya percaya dengan misi dan visi Dr. Noraishah yang jelas terhadap sistem perubatan Malaysia, hak-hak OKU dan masa hadapan Putrajaya.




Post a Comment

0 Comments