PENGERUSI Biro
Media Sosial DAP Syahredzan Johan menyifatkan penyokong Najib Razak
terdesak menyelamatkan pemimpin mereka apabila menggerakkan kempen
menyerang Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat
"Lihatlah betapa terdesaknya mereka?
“Serang keluarga ketua hakim dan buat ancaman jelas tentang pertumpahan darah," tempelak Syahrezan di Facebook.
Wujud ancaman terhadap Tengku Maimum yang dikesan dalam pelbagai medium laman sosial termasuk aplikasi Twitter dan Facebook susulan keputusannya menolak permohonan Najib memasukkan bukti baharu dan menangguhkan perbicaraan rayuan akhirnya.
Malh Harian metro melalui portal dalam talian melaporkan terdapat pengguna di Facebook mengugut pembunuh upahan akan mencari Ketua Hakim Negara sekiranya hukuman dijatuhkan kepada individu tidak bersalah
Selain Tengku Maimun, penyokong bekas perdana menteri itu turut melontarkan tohmahan kepada Zamani Ibrahim yang merupakan suami hakim itu berhubung tindakkanya menggunakan telefon dalam kamar mahkamah walaupun individu atau perbuatan itu tidak dapat disahkan.
Terdahulu, seorang peguam berpendapat tindakan dan kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin UMNO berhubung rayuan akhir Najib di Mahkamah Persekutuan juga adalah serangan dan penghinaan terhadap badan kehakiman.
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata propaganda UMNO bermula setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib memasukkan bukti baharu dan menangguhkan perbicaraan rayuan akhirnya.
“Sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu pada Selasa lepas, tiada sebarang komen diberikan oleh UMNO. Malah ada juga desas-desus menyatakan UMNO terpaku kerana ‘raja media sosial/FB’ mereka gagal dalam langkah terakhirnya.
“Namun, semalam propaganda UMNO telah bermula.
Kepimpinan tertinggi UMNO melalui Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua
Pemuda telah membuat kenyataan-kenyataan yang boleh dianggap mempersoal
keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut,” katanya dipetik.
Dalam media sosial, laskar siber upahan atau fanatik Najib semakin menggila apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan bertaburan dalam platform media sosial sehingga sanggup menghina institusi kehakiman negara.
Lebih malang lagi, pengikut dan penyokong Najib dilihat bebas dan bertindak sesuka hati dalam menabur fitnah dan memburukkan nama Tengku Maimun.
"Lihatlah betapa terdesaknya mereka?
“Serang keluarga ketua hakim dan buat ancaman jelas tentang pertumpahan darah," tempelak Syahrezan di Facebook.
Wujud ancaman terhadap Tengku Maimum yang dikesan dalam pelbagai medium laman sosial termasuk aplikasi Twitter dan Facebook susulan keputusannya menolak permohonan Najib memasukkan bukti baharu dan menangguhkan perbicaraan rayuan akhirnya.
Malh Harian metro melalui portal dalam talian melaporkan terdapat pengguna di Facebook mengugut pembunuh upahan akan mencari Ketua Hakim Negara sekiranya hukuman dijatuhkan kepada individu tidak bersalah
Selain Tengku Maimun, penyokong bekas perdana menteri itu turut melontarkan tohmahan kepada Zamani Ibrahim yang merupakan suami hakim itu berhubung tindakkanya menggunakan telefon dalam kamar mahkamah walaupun individu atau perbuatan itu tidak dapat disahkan.
Terdahulu, seorang peguam berpendapat tindakan dan kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin UMNO berhubung rayuan akhir Najib di Mahkamah Persekutuan juga adalah serangan dan penghinaan terhadap badan kehakiman.
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata propaganda UMNO bermula setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib memasukkan bukti baharu dan menangguhkan perbicaraan rayuan akhirnya.
“Sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu pada Selasa lepas, tiada sebarang komen diberikan oleh UMNO. Malah ada juga desas-desus menyatakan UMNO terpaku kerana ‘raja media sosial/FB’ mereka gagal dalam langkah terakhirnya.
Serangan terhadap Ketua Hakim satu tindakan gila |

0 Comments