SEORANG wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) menyifatkan skandal penyelewengan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion akan menjadi 'ribut' yang bakal sekali lagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Hassan Abdul Karim yang mewakili pengundi Pasir Gudang berkata, skandal terbaharu itu akan memberi kesan yang besar kepada BN terutama Umno apatah lagi ia didedahkan menjelang PRU15 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ia jelasnya bakal menjadi satu lagi 'gelombang baharu' yang akan memusnahkan BN sepertimana isu-isu nasional yang melanda sebelum ini dalam PRU13 dan PRU14.
"Dalam isu skandal rasuah LCS ini, mereka yang patut bertanggungjawab ialah pemimpin besar UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Isu skandal kapal tempur LCS yang terdedah sekarang akan mengundang ribut untuk meruntuh dan menumbangkan sekali lagi UMNO-BN dalam PRU yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan.
Projek pembinaan LCS dimulakan pada 2013 ketika Najib Razak adalan Perdana Menteri ketika itu, sementara Ahmad Zahid Hamidi adalah Menteri Pertahanan ketika projek itu dimulakan.
Ia adalah perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dengan kos keseluruhan sebanyak RM9 bilion. PAC dalam laporannya baru-baru ini menyatakan, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), yang dilaksanakan secara runding terus, namun tiada kapal yang diterima, setakat ini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh turut mendedahkan lebihan kos projek LCS berjumlah RM1.4 bilion, dengan RM400 juta digunakan untuk membayar hutang lama daripada projek kapal peronda lama.
Sementara itu, Hassan yang juga Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, skandal itu mengakibatkan kerajaan campuran BN dan Perikatan Nasional (PN) kini berdepan kemunculan satu lagi skandal rasuah, pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pelupusan wang haram.
Kesannya dijangka sama seperti berlaku pada PRU 13 dimana BN kehilangan kekuasaan di lima negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
"Pada PRU13 sekitar 2013 negara didedahkan dengan Skandal National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan RM250 juta.
"Projek Kerajaan untuk ladang ternakan lembu gagal. Duit salah digunakan untuk membeli kondo mewah. Akibatnya rakyat marah.
"Pada PRU14 sekitar 2018 pula negara didedahkan pula dengan isu rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang merupakan skandal kleptokasi terbesar dalam sejarah dunia.
"Akibatnya rakyat marah sekali lagi. Natijahnya bukan saja UMNO-BN kalah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Sabah tetapi juga kalah di peringkat kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan menjadi pembangkang," katanya.

Rakyat tak bodoh biar penyelewengan berterusan |

0 Comments