POLIS dilapor memulakan siasatan terhadap bekas peguam negara, Apandi Ali, berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam siasatan 1MDB.
Memetik laporan portal FMT, siasatan itu dibuat susulan laporan polis dibuat Ahli Parlimen Klang Charles Santiago terhadap Apandi berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
BACA: Charles buat laporan polis, dakwa bekas AG cuba 'bersihkan' Najib
Charles sebelumnya berkata, terbukti Apandi telah menyalah gunakan kuasanya semasa menjadi peguam negara di bawah kerajaan Najib Razak seperti dinyatakan dalam penghakiman Hakim Mahkamah Tinggi Azimah Omar ketika menolak saman fitnah difailkan Apandi terhadap veteran DAP, Lim Kit Siang.
Dalam penghakiman serupa Azimah berkata, Apandi tidak bertemu atau bercakap dengan penderma keluarga Diraja Saudi yang didakwa ada kaitan dengan bekas perdana menteri itu walaupun berkata sebaliknya, pada sidang media pada 26 Jan 2016.
Bekas Peguam Negara itu juga jelasnya “sangat jelas bersikap acuh tak acuh, mengelak, menipu dalam mengejar kebenaran di sebalik derma luar biasa itu”.
Selain laporan oleh Charles, Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY) Dr Kelvin Yii Lee Wuen turut membuat laporan terhadap Apandi.
Ahli Parlimen Kuching itu mendakwa, Apandi telah mereka- reka bukti dalam isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk 'membersihkan' Najib Razak dari kes terpalit dengannya.
“Malah lebih serius perbuatan Apandi yang kemudian menerima tawaran daripada Jho Low untuk menjadi ejen bagi bagi menyelesaikan masalah segala kes yang dihadapi Jho Low dengan kerajaan Malaysia menerusi tawaran RM1.5 bilion yang sanggup ditawarkan ahli perniagaan yang sangat dikehendaki polis dalam kes tersebut.
![]() |
Apandi didakwa lakukan salah guna kuasa |
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Selangor Sasikala Devi Subramaniam dipetik laporan media berkata Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman sedang menyiasat perkara itu.
0 Comments