Mahkamah tolak permohonan pasukan Najib tangguh rayuan SRC

 


PERMOHONAN dikemukakan pasukan pembelaan Najib Razak untuk menangguhkan pendengaran bagi rayuan kes rasuah SRC International ditolak.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya hari ini memutuskan rayuan bagi kes membabitkan bekas Presiden Umno itu tetap akan dijalankan selama 10 hari mulai 15 Ogos di Mahkamah Persekutuan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Timbalan pendakwa raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul mengesahkan keputusan itu yang dibuat semasa pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah dan Siti Hajar Mustaffa.

“Hari ini pengurusan kes bagi permohonan bukti baru yang difailkan peguam terdahulu (bagi Najib, iaitu peguam dari Shafee & Co). Kemudian pindaan kepada usul tersebut untuk mendapatkan bukti baru.

“Kemudian isu pertukaran peguam (melibatkan pasukan peguam diketuai Hisyam) untuk rayuan utama.
 
“Mahkamah (persekutuan) telah memaklumkan bahawa tarikh pendengaran yang ditetapkan pada 15 hingga 26 Ogos 2022 dikekalkan, dan arahan untuk mematuhi perlu dipatuhi,” kata Mohd Ashrof sambil menambah pendengaran akan dijalankan secara fizikal di mahkamah terbuka.

Najib sebelum ini didapati bersalah dan dikenakan denda atas satu tuduhan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta dana SRC.

Pada Selasa, Najib dilapor melantik pasukan baharu dari Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) bagi menggantikan Tetuan Shafee & Co bagi mewakilinya dalam rayuan akhir kes dihadapinya itu.

 Rayuan akan dijalankan ikut tarikh ditetapkan
Hisyam Teh Poh Teik sebagai peguam utama dan Liew Teck Huat serta Rueben Mathiaravanam, sebagai peguam bersama.

Najib sedang berusaha untuk membatalkan sabitan bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, jenayah pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
 

Post a Comment

0 Comments