KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat ahli Dewan Rakyat yang bertukar parti.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkait amalan lompat parti pada Rabu, Anwar menegaskan isu tersebut juga membabitkan pemberian rasuah, sogokan serta penipuan.
Tegasnya, ada di kalangan Ahli Parlimen yang melompat parti dijanjikan habuan jutaan ringgit dan jawatan dalam kerajaan.
“Perkara pembelotan ni bukan baharu. Soalnya bukan belot, khianat atau lompat parti saja, tetapi soal yang harus diketahui oleh perdana menteri dan diperhatikan badan-badan seperti SPRM kerana ia melibatkan rasuah, sogokan dan penipuan.
“Jadi, pindaan Perlembagaan ini memberikan gambaran ada sesuatu yang salah. Kalau tak, kenapa nak pinda Perlembagaan?” soalnya.
Tambah Anwar dalam Langkah Sheraton, banyak laporan dibuat, tetapi tiada siasatan dan kenyataan susulan daripada SPRM.
“Dan dakwaan ini bukannya satu, tetapi beberapa Ahli Parlimen (terlibat).” jelasnya.
Pada Ogos tahun lalu, media melaporkan melaporkan sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Rasah, Kota Melaka, Ipoh Barat, Kulim Bandar Baharu, Setiawangsa, Kuala Kedah dan Alor Setar ditawarkan habuan serta jawatan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Mahiaddin Md Yassin ketika itu.
![]() |
Banyak laporan telah dibuat kepada SPRM |
Kemudian, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad pula mendakwa ditawarkan ‘Durian RM30’ atau RM30 juta bagi mengalih sokongannya kepada kerajaan ketika itu.
0 Comments