Agus letak harapan masa depan negara kepada Anwar



PENGANALISIS politik terkenal,  Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff meletakkan harapan supaya Malaysia dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melalui satu catatan sempena persaraanya sebagai pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohammad Agus menegaskan keyakinannya bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu mempu membawa negara kembali ke arah kecermerlangan dan integriti sehingga Malaysia kembali mendapat perhatian masyarakat dunia.

"Negara sebenarnya bermasalah. Kita menghadapi inflasi. Inflasi adalah keadaan di mana harga barang dan perkhidmatan meningkat, sebaliknya daya beli mata wang turun.

"Malaysia perlu mempunyai pemimpin yang hebat jika mahu negara maju.

"Jika secara keseluruhannya, tanpa mengambil kira parti mana yang menang nanti, pilihan pertama saya adalah Anwar Ibrahim," katanya.

Mohammad Agus menegaskan Anwar seorang pemimpin berpengalaman, bernyawa dengan denyut nadi rakyat, dan mempunyai jiwa reformasi.

Sebagai rekod, Agus pada Ogos tahun lalu pernah melontar pendirian serupa. Beliau emberi empat alasan mengapa Anwar lebih layak memimpin negara.

BACA: Kenapa Anwar lebih layak jadi PM
BACA:
Catatan persaraan Mohammad Agus: 37 tahun membedah politik Malaysia

Dalam catatan terbaharu itu juga Agus memberi pandangan berhubung pertembungan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya beliau berharap hanya dua gabungan parti sahaja bersaing—iaitu Barisan Nasional (BN) dan HARAPAN. Bagaimanapun jelasnya, jika Perikatan Nasional (PN) turut menyertainya, ia akan menjadi pertembungan menarik.

Menyentuh mengenai konsep 'khemah besar' yang sedang hangat dibicarakan, Agus berkata bahawa beliau secara peribadi menolak cadangan itu.

Agus mahu Anwar diberi peluang pimpin negara
Selain KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO yang tidak pernah mengkhianati gabungan itu,  Parti-parti lain kecil jelasnya tidak ada akar umbi yang kuat, dan bukan bersifat nation-wide parties.

"Muda boleh dipertimbangkan kerana mereka juga belum ada sejarah mengkhianati HARAPAN.

"Pejuang, biarpun bersetuju dengan khemah besar asalkan tanpa Anwar Ibrahim, dan mahu bertanding sekurang-kurangnya 120 kerusi bagi membentuk kerajaan, jika menang, bagi saya hanya khayalan sahaja,' kata beliau.

Post a Comment

0 Comments