Hentikan khidmat pengiring terutama untuk Najib, kata Ahli Parlimen

 


SEORANG wakil rakyat menggesa kerajaan menamatkan khidmat pengiring polis bagi menteri dan timbalan menteri, dan tokoh yang tidak lagi memegang jawatan.

Steven Sim yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam mengulangi gesaan itu susulan penularan video pengiring memotong laluan untuk sebuah kenderaan MPV ketika pengguna berdepan kesesakan lalu lintas.

Video tersebut didakwa diambil ketika rakyat sedang bersesak untuk pulang ke kampung sempena perayaan hari raya Aidiladha baru-baru ini.

Memetik laporan media, rakaman video itu membabitkan sebuah MPV jenis Toyota Vellfire berwarna putih dengan plat VBG 11, kenderaan itu pernah dilihat digunakan oleh Ahli Parlimen Pekan, Najib Razak.

Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada bekas Presiden Umno itu berada di dalam kenderaan pada masa itu, atau pun lokasi video itu diambil.

Mengulas video itu, Sim berkata bekas pemegang jawatan yang telah disabitkan dengan jenayah sepatutnya tidak diberi perkhidmatan pengiring polis.

"Kerja polis tangkap perompak, jangan peralat polis iringi perompak. Jaga maruah polis kita," ciap di Twitter.

Najib sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas pecah amanah dan pengubahan wang haram RM42 juta berhubung SRC International.

Dia juga sedang dibicarakan untuk skandal 1MDB.

Sebagai rekod, isu kesesakan jalan raya ketika balik kampung sering dibangkitkan ramai terutama ketika musim perayaan.

Najib tak patut dapat kelebihan kata Steven Sim
Malah beberapa lebuh raya utama termasuk Karak yang menghubungkan Lembah Klang dengan bahagian Pantai Timur semenanjung Malaysia juga berdepan isu kesesakan pada hujung minggu.

Perantau dari Kelantan yang bekerja di Lembah Klang contohnya difahamkan terpaksa menempuh masa perjalanan berbelas jam sehingga menjangkau lebih 20 jam bagi sesuatu perjalanan antara kedua destinasi itu pada musim perayaan.

Post a Comment

0 Comments