PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) hari ini menggesa agar pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik disegerakan.
Gesaan itu dibuat Majlis Presiden gabungan itu susulan kes dikaitkan dengan rasuah yang banyak dilaporkan membabitkan tokoh politik dan tokoh utama perkhidmatan awam.
“Terbaharu adalah keterangan mahkamah Mohd Sidek Hassan, bekas ketua setiausaha negara merangkap ahli lembaga penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
“Berdasarkan laporan media, beliau menerima bayaran sehingga sebanyak RM30,000 sebulan walaupun tiada sebarang mesyuarat lembaga penasihat 1MDB diadakan.
“Ini menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana pada ketika beliau menerima bayaran-bayaran berkait 1MDB, beliau masih memegang jawatan berkenaan,” kata Majlis itu dalam kenyataan bersama.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; dan Presiden Upko, Madius Tangau.
Selain itu, Majlis Presiden turut merujuk keterangan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) di Mahkamah Tinggi terhadap Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin.
Dalam keterangannya, bekas pengarah UKSB itu memberitahu, Zahid telah menerima antara SGD200,000 hingga SGD520,000 sebulan manakala Khairy melalui Umno Bahagian Rembau menerima antara RM50,000 hingga RM200,000.
![]() |
HARAPAN ulang komitmen perangi rasuah |
"Majlis Presiden HARAPAN mengulangi komitmen untuk memerangi rasuah,” kata mereka dengan menekankan agar tindakan tegas dilaksanakan segera selain meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bawah bidang kuasa Parlimen.
.
0 Comments