PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu bahasa tidak patut menjadi retorik politik pihak tertentu.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad, Presiden KEADILAN itu berkata, mereka yang melakukan "tafsiran nasionalistik sempit" terhadap isu bahasa tidak seharusnya dilayan.
Ini kerana jelasnya penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris adalah sama penting dan ia tidak wajar dijadikan sebagai mainan campur tolak (zero sum-game)
"Rakyat Malaysia mesti komited dengan Bahasa (Malaysia), bukan sebagai retorik politik, tetapi (kita harus) menyokong semua usaha yang mungkin untuk meningkatkan kualiti dan tahap penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.
“Ini bermakna (kita) perlu menyokong institusi, menterjemah karya agung ekonomi, sains, sastera, teknologi dan sebagainya.
“Ini mesti dilakukan tetapi ini tidak sepatutnya mengorbankan bahasa lain. Bahasa Inggeris, pada fikiran saya, masih sangat penting (sebagai) bahasa antarabangsa.
“Biasanya, laporan sentiasa menjadi mainan campur tolak (di mana) jika saya sebut Bahasa Malaysia, itu bermakna saya tidak suka bahasa Inggeris dan jika saya menyokong bahasa Inggeris, saya tidak suka Bahasa Malaysia,” kata Anwar.
![]() |
Tak patut korbankan bahasa penting lain |
“Marilah kita selesaikan perkara ini selepas berdekad-dekad merdeka, bahawa kita di sini komited kepada bahasa kebangsaan kita dan komited kepada bahasa yang penting atau kritikal untuk meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi negara ini,” katanya dipetik.
.
0 Comments