RUU Anti Lompat Parti: HARAPAN akan bertemu Ismail


PAKATAN HARAPAN
akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti.

Majlis Presiden dalam satu kenyataan berkata, pertemuan itu susulan kegagalan kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan RUU itu.

Mereka berharap RUU itu akan dapat dibentang, dibahas seterusnya diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan menimbulkan rasa kecewa di atas kegagalan kerajaan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang RUU Anti-Lompat Parti seperti dimaklumkan sebelum ini.

“Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 perkara dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara HARAPAN dan kerajaan akan tercapai, bersamaan dengan 83%,” kata mereka dalam kenyataan.

Dalam kenyataan tersebut juga mereka menegaskan tiga tiga perkara MOU masih perlu dilaksana segera, ia adalah menetapkan had dua penggal atau 10 tahun bagi perdana menteri, membentang RUU perkhidmatan parlimen dan meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Kecewa k'jaan gagal adakan sidang khas
“Oleh itu, pimpinan utama HARAPAN akan mengadakan pertemuan segera dengan perdana menteri bagi membincang RUU Anti-Lompat Parti serta perkara-perkara di atas,” kata kenyataan ringkas itu.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi gabungan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Antony Loke dan Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau.

Post a Comment

0 Comments