PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan membuat kenyataan mengenai pemilihan parti itu yang diadakan baru-baru ini sebaik sahaja Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengeluarkan keputusan rasmi.
Anwar berkata begitu ketika diminta mengulas mengenai kemenangan tidak rasmi bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai timbalannya.
"Dia (Rafizi) telefon saya, dan saya kata saya buat kenyataan rasmi setelah JPP buat pengumuman rasmi.
“Jadi saya dinasihatkan jangan buat apa-apa kenyataan yang menyinggung pemilihan," jelas Anwar selepas menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan penghujung Mei lalu, Rafizi menang jawatan timbalan presiden setelah menewaskan Saifuddin Nasution Ismail, yang juga setiausaha agung parti itu.
Bagi jawatan naib presiden, empat calon terpilih iaitu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.
Jawatan tertinggi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dimenangi oleh Adam Adli, manakala sayap Wanita menyaksikan kemenangan Rodziah Ismail untuk jawatan ketua manakala jawatan timbalan dimenangi Juwairiya Zulkifli.Anwar puji semangat ditonjolkan dalam pemilihan
Sementara itu, Anwar memuji semangat perubahan ditonjolkan dalam pemilihan yang disifatkannya sebagai suatu perkembangan positif bagi parti itu.
0 Comments