KEADILAN akan bina semula keyakinan rakyat - Rafizi


RANCANGAN asal Rafizi Ramli untuk menggerakkan kempen menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diteruskan.

Perkara itu dimaklumkan bakal timbalan Presiden Parti KEADILAN itu susulan pengumuman penangguhan keputusan pemilihan parti itu yang diadakan baru-baru ini.

Jelasnya selain akan mendekati rakyat, beliau akan mula mengumumkan gerak kerja kempen untuk berkongsi idea baharu minggu depan.

“PRU15 sebenarnya sangat dekat dan sewajarnya urusan dalaman parti politik diselesaikan secepat mungkin.

“Saya akan mula mengumumkan gerak kerja kempen untuk berkongsi idea baharu melalui ‘Ayuh Malaysia’ minggu depan,” katanya.

Menyentuh mengenai pengumuman penagguhan keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan Perti (JPP) itu Rafizi berpandangan tindakan menangguhkan keputusan itu akan disampaikan mengikut saluran dalaman.

Katanya, keutamaan KEADILAN adalah membina kepercayaan rakyat kepada agenda masa depan yang boleh memperbaiki kehidupan rakyat.

Akan umum gerak kerja melalui 'Ayuh Malaysia'
“Kerajaan akan bertukar ganti tetapi negara akan terus maju apabila rakyat yang baik hatinya dan ikhlas niatnya kekal menggerakkan idea pencerahan yang mendepankan kebajikan rakyat.

“Jangan berharap kepada ahli politik semata-mata, rakyatlah raja sebenar negara ini,” katanya.

Post a Comment

0 Comments