KETUA audit negara diminta segera melakukan audit khas terhadap perolehan dan perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan ketika negara berhadapan pandemik Covid-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh ketika membuat gesaan itu berkata, ia perlu dilakukan segera dengan dapatan dan hasilnya dibentangkan kepada PAC bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur penyelewengan, pemborosan dan penyalahgunaan kuasa dalam perolehan perkhidmatan perubatan serta pakej rangsangan yang diberikan kerajaan.
“Saya sudah memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada ketua audit negara semalam supaya Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan khas terhadap perkara itu.
“Dengan pengauditan khas ini, PAC akan menggunakan punca kuasa bawah Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) dan Peraturan Mesyuarat 77(5) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat serta Seksyen III, Perkara 11 (b) untuk memanggil Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kementerian serta agensi terbabit untuk memberikan taklimat dan penjelasan kepada jawatankuasa berhubung perkara ini,” kata beliau dalam kenyataan.
Terdahulu pada 24 Mei, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap perolehan berkaitan Covid-19.
Ada pihak ambil kesempatan ketika pendemik? |
Sementara itu tambah Wong, PAC memandang serius kenyataan Azam Baki dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi.
0 Comments