EPISOD terbaharu menyaksikan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) merupakan satu “pengajaran bagi pengkhianat”, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail.
Dipetik laporan FMT Saifuddin berkata, selepas keluar dari Bersatu yang menganggotai kerajaan, Satu-satunya langkah yang masuk akal bagi Bersatu sekarang adalah meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memecat Zuraida daripada Jemaah Menteri memandangkan jawatannya adalah berdasarkan kuota parti.
Beliau menambah, Ismail tidak mampu mengekalkan Zuraida dalam Jemaah Menteri kerana ia boleh menjejaskan sokongan Bersatu kepadanya. Malah Naib Presiden Umno itu juga tegasnya “tidak mampu melakukan sebarang kesilapan”.
Semalam Zuraida mengumumkan keluar daripada Bersatu untuk menyertai PBM yang baharu ditubuhkan. Ia selepas bekas naib presiden KEDILAN, menyertai parti diketuai Mahiaddin Md Yassin selepas dipecat daripada parti pimpinan Anwar Ibrahim berikutan Langkah Sheraton pada 2020
Menyentuh mengenai kedudukannya dalam kabinet, Zuraida berkata akan bertemu Ismail dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri.
Pengkhianat tak akan selamat, kata Saifuddin |
“Episod Zuraida ini adalah pengajaran bahawa pengkhianat tidak akan selamat dalam politik. Beliau kini tiada nilai,” katanya dipetik.
0 Comments