AHLI PARLIMEN Klang, Charles santiago menggesa kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM200 sebulan kepada golongan miskin berbanding menggunakan berbilion ringgit wang negara bagi menyelamatkan syarikat dibelenggu hutang, Sapura Energy Berhad (SEB).
Dipetik laporan media, wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, dengan menyalurkan bantuan tunai secara bersasar itu, ia dapat mengelakkan golongan miskin dari berdepan krisis kelaparan terutama ketika negara berdepan krisis bekalan makanan dan kos sara hidup.
Tegasnya, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan kekurangan dana untuk membantu kumpulan B60 yang sedang bergelut, sekiranya sanggup mempertimbangkan membelanjakan berbilion ringgit untuk SEB.
“Saya syak peningkatan kos makanan menyebabkan kumpulan B60 mengurangkan pengambilan makanan harian kepada satu hidangan sahaja dalam sehari.
“Kita beri setiap keluarga susah RM200 sebulan sebagai cara membantu mereka menangani krisis bekalan makanan yang dibimbangi mencetuskan krisis kelaparan termasuk peningkatan kos sara hidup,” katanya.
Difahamkan kerajaan sedang mempertimbang menyedia “pakej bantuan” dan geran untuk disalur kepada SEB yang kini dilapor menanggung hutang RM10.3 bilion dan di ambang muflis.
Isu sama ada SEB patut dibantu menarik perhatian ramai sebelum ini apabila ia didebatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Najib berpandangan bahawa syarikat itu wajar dibantu, manakala Anwar menegaskan audit forensik perlu dijalankan bagi mengetahui masa sebenar dihadapi syarikat itu supaya dapat dipulihkan semula.
Sementara itu, Santiago ketika mengulas cadangannya berkata, dengan isu makanan yang dihadapi rakyat miskin hari ini, kurangnya hidangan akan menyebabkan kanak-kanak daripada kumpulan B60 mengalami masalah nutrisi, sekali gus mengganggu prestasi mereka di sekolah.
Sehubungan itu beliau turut menggesa kerajaan negeri dan majlis tempatan membuka tanah tidak digunakan bagi rakyat menanam sayur-sayuran dan tuaian cepat membesar.
"Kerajaan pusat juga perlu memberi subsidi kepada penternak ayam termasuk kepada peladang sayur agar harga makanan ruji seperti ayam dan sayur-sayuran kekal berpatutan bagi kumpulan B60," katanya.
Dipetik laporan media, wakil rakyat Pakatan Harapan (HARAPAN) itu berkata, dengan menyalurkan bantuan tunai secara bersasar itu, ia dapat mengelakkan golongan miskin dari berdepan krisis kelaparan terutama ketika negara berdepan krisis bekalan makanan dan kos sara hidup.
Tegasnya, kerajaan tidak boleh menggunakan alasan kekurangan dana untuk membantu kumpulan B60 yang sedang bergelut, sekiranya sanggup mempertimbangkan membelanjakan berbilion ringgit untuk SEB.
“Saya syak peningkatan kos makanan menyebabkan kumpulan B60 mengurangkan pengambilan makanan harian kepada satu hidangan sahaja dalam sehari.
“Kita beri setiap keluarga susah RM200 sebulan sebagai cara membantu mereka menangani krisis bekalan makanan yang dibimbangi mencetuskan krisis kelaparan termasuk peningkatan kos sara hidup,” katanya.
Difahamkan kerajaan sedang mempertimbang menyedia “pakej bantuan” dan geran untuk disalur kepada SEB yang kini dilapor menanggung hutang RM10.3 bilion dan di ambang muflis.
Isu sama ada SEB patut dibantu menarik perhatian ramai sebelum ini apabila ia didebatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Najib berpandangan bahawa syarikat itu wajar dibantu, manakala Anwar menegaskan audit forensik perlu dijalankan bagi mengetahui masa sebenar dihadapi syarikat itu supaya dapat dipulihkan semula.
Sementara itu, Santiago ketika mengulas cadangannya berkata, dengan isu makanan yang dihadapi rakyat miskin hari ini, kurangnya hidangan akan menyebabkan kanak-kanak daripada kumpulan B60 mengalami masalah nutrisi, sekali gus mengganggu prestasi mereka di sekolah.
Jaga perut rakyat sebelum 'bailout' syarikat besar |

0 Comments