PAKATAN HARAPAN menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang khas Parlimen secepat mungkin bagi membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Anti-Lompat parti.
Gesaan itu dibuat Majlis Presiden gabungan itu susulan tindakan Ahli Parlimen Ampang yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi, Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
"Majlis Presiden HARAPAN menggesa agar perdana meteri mengadakan Sidang Khas Parlimen ssesegera mungkin bagi membahaskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti.
“Sebelum ini beliau (Ismail) telah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU tersebut, maka janji itu harus ditunaikan,” tegas mereka dalam kenyataan.
Terdahulu, tindakan lompat parti oleh Zuraida mencetus gesaan supaya RUU dijanjikan sebelum ini segera dilaksana.
Sekiranya pindaan RUU itu tidak disegerakan, tidak mustahil krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi semakin rendah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Selain RUU berkenaan, Majlis Presiden HARAPAN turut menggesa sidang khas itu bagi membincangkan permasalahan dihadapi rakyat ketika ini antaranya kos sara hidup dan inflasi.
Ia termasuk pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian untuk sektor perkhidmatan kesihatan negara ketika pandemik Covid-19 yang didakwa terpalit dengan rasuah.
“Majlis Presiden menggesa perdana menteri untuk bertindak secepat mungkin bagi membolehkan kesemua perkara ini dibahaskan,” katanya.
Gesaan itu dibuat Majlis Presiden gabungan itu susulan tindakan Ahli Parlimen Ampang yang juga bekas menteri perusahaan perladangan dan komoditi, Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
"Majlis Presiden HARAPAN menggesa agar perdana meteri mengadakan Sidang Khas Parlimen ssesegera mungkin bagi membahaskan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti.
“Sebelum ini beliau (Ismail) telah beberapa kali memberikan komitmen untuk membahaskan RUU tersebut, maka janji itu harus ditunaikan,” tegas mereka dalam kenyataan.
Terdahulu, tindakan lompat parti oleh Zuraida mencetus gesaan supaya RUU dijanjikan sebelum ini segera dilaksana.
Sekiranya pindaan RUU itu tidak disegerakan, tidak mustahil krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi semakin rendah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Jangan kepercayaan rakyat makin terhakis |

0 Comments