Anwar tak terkejut tindakan Zuraida 'lompat' ke PBM


PRESIDEN
Parti KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rassa tidak terkejut dengan pengumuman Zuraida Kamaruddin untuk keluar dari Bersatu.

Dalam satu rakaman video, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata, tindakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu adalah natijah akibat tidak konsisten dalam perjuangan sesebuah parti yang disertainya.

"Keputusan Zuraida keluar parti dan mahu bincang letak jawatan tak mengejutkan. Saya kira kalau kita dalam perjuangan tak konsisten dan tak istiqamah inilah akibatnya," katanya dalam rakaman video oleh Sinar.

Terdahulu, Zuraida yang meninggalkan parti KEADILAN bagi menyertai Perikatan Nasional (PN) melalui langkah Sheraton 2 tahun lalu mengumumkan keluar Bersatu bagi menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
 
Zuraida sejak awal diura-urakan menyertai parti itu yang dilancarkan pada 21 Dis tahun lalu apalagi sebilangan besar anggota Penggerak Komuniti Negara – sebuah NGO yang diketuai oleh sekutu terkenal Zuraida menyertai parti itu.

Sementara itu, Bersatu sendiri menganggap tindakan 'lompat' Zuraida itu tidak mengejutkan kerana ia memang sudah dijangka.

Ketua Penerangan BERSATU, Wan Saiful Wan Jan Ahli Parlimen Ampang itu sudahpun menunjukkan tindak-tanduk bertentangan dengan parti terbabit sejak kebelakangan ini dan sehubungan itu parti tersebut sudah pun membincangkan kedudukan zuraida.
 
"Surat tunjuk sebab juga telah dikeluarkan hasil daripada pertimbangan itu.

"Dalam keadaan seluruh negara sedang bercakap mengenai peri pentingnya kestabilan politik, nampaknya Zuraida bertindak berdasarkan pertimbangan sendiri saja," katanya dipetik laporan media.

Masa depan politik Zuraida sudah tak menentu
Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil menyifatkan langkah Zuraida itu bakal membawa bencana kepada kerjaya politiknya.

Sebagai seorang yang dilihat suka 'melompat' agak sukar untuk Zuraida dicalonkan semula.

 

Post a Comment

0 Comments