Apakah k'jaan dah abaikan Pelan Anti-rasuah era HARAPAN?


KERAJAAN dipersoalkan apakah Pelan Anti-rasuah Kebangsaan (NACP) yang dilancarkan pada 2019 ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) telah diabaikan.

Persoalan itu dibangkitkan sebuah badan pemikir dasar susulan pelaksanaan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance).

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, Tricia Yeoh dipetik satu laporan media menyifatkan dasar baharu sepatutnya tidak perlu memandangkan NACP sendiri sudah cukup berkesan.

"NACP adalah dasar paling komprehensif Malaysia dengan sasaran jelas untuk menamatkan rasuah." jelasnya.

Sebagai rekod, idea asal Pelan ini tercetus semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 di mana Pakatan Harapan memberikan penekanan kepada usaha untuk memastikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukannya rasuah

Ia  menggariskan tindakan menyeluruh dan bersepadu dalam memerangi rasuah. Pelan ini akan menjadi pelan pertama seumpamanya yang merangkumkan isu tadbir urus, integriti dan antirasuah dalam suatu kerangka bersepadu.

Palan itu penetapan tiga matlamat khusus iaitu Kebertanggungjawaban dan Kredibiliti Kehakiman, Pendakwaan dan Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang; Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap dan responsif; dan Integriti dalam Perniagaan.

NACP dianggap dasar anti-rasuah terbaik
NACP menggariskan wawasan jangka panjang tindakan antirasuah ke arah negara bebas rasuah menerusi 115 inisiatif untuk dilaksanakan

Sementara itu menurut Tricia, lebih banyak usaha perlu diberi ke arah pelaksanaannya selain mengukur dan menjejak kejayaan NACP.

Post a Comment

0 Comments