MTUC ugut berhimpun jika k'jaan gagal jaga hak pengguna


KONGRES Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengugut akan berarak dan berkumpul di Putrajaya.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor yang dipetik laporan media memberi amaran itu sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gagal memberi respons terhadap memorandum bantahan yang dihantar mereka pada 1 April lalu.

“Kami tidak menghantar memorandum ini semata-mata untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi ia lebih kepada tindakan sewajarnya supaya pengguna, khususnya golongan pekerja tidak terbeban,” katanya.

Difahamkan memorandum itu menggariskan keperluan kerajaan memantau kenaikan harga barangan dan perkhidmatan serta menggesa KPDNHEP melakukan pemantauan lebih kerap bagi menangani isu itu.

Kamarul sementara itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap harga semua barangan keperluan yang dijangka meningkat sehingga 60% bulan depan.

Kementerian  digesa pantau harga barang
Dengan pelaksanaan gaji minimum RM1,500, ia katanya akan menyumbang kepada kenaikan harga barang susulan peningkatan kuasa beli pengguna.

“Walaupun dengan penambahan gaji minimum RM1,500 menyebabkan kuasa beli meningkat, peniaga tidak boleh mengambil peluang untuk menaikkan harga barang.” tambahnya sambil turut menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas ke atas peniaga yang menyorok barangan daripada pengguna atau menghentikan sementara pengeluaran untuk memaksa kerajaan membenarkan kenaikan harga barangan.

Post a Comment

0 Comments