SEORANG pemimpin parti KEADILAN melihat gandingan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dalam menerajui parti itu adalah "tiket terbaik" bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.
Ahli Parlimen Setiawangsa,Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keputusan pemilihan KEADILAN telah membuktikan parti itu tidak ketandusan bakat kepimpinan yang dilahirkan dari perjuangan reformasi lebih 20 tahun lalu.
"Pemilihan kali ini memperlihatkan KEADILAN tidak kekurangan bakat, komitmen, dan semangat dalam kalangan ahli-ahlinya.
"Dengan gandingan Anwar-Rafizi, saya yakin ini adalah tiket terbaik untuk KEADILAN menghadapi PRU ke-15," kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu.
Keputusan tidak rasmi KEADILAN menyaksikan Rafizi yang juga bekas Ketua Pengarah Strategik parti itu mengalahkan pencabarnya Saifuddin Nasution Ismail yang dikenali sebagai pengarah Setiausaha Agung terbaik parti itu.
Saifuddin telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Rafizi dan pemenang yang lain dengan menyatakan beliau menghormati keputusan yang dibuat anggota parti itu.
Melalui catatan di Facebooknya, Saifuddin mengingatkan ahli supaya perpaduan sesama ahli terus dijaga bagi memastikan parti itu terus kuat.
Sementara itu Nik Nazmi menambah, dengan kemenangan kepimpinan baru dalam kalangan anak muda, ia menjadi lembaran baru kepimpinan parti itu untuk meneruskan perjuangan yang telah dimulakan.
"Masa depan parti positif, Rafizi berusia 44 tahun, manakala Amirudin (Shaari), 42; Lih Kang, 41, saya 40.
"Proses ini menjadi lembaran baru untuk parti kita, menandakan pembaharuan dan dedikasi kita terhadap perjuangan Reformasi," tambahnya.
Sebagai rekod, Nik Nazmi secara tidak rasmi turut memenangi jawatan naib presiden . Bagi jawatan ketua cabang Setiawangsa, Nik Nazmi dicabar pengarah dan juga pelakon Afdlin Shauki.
Beliau berjaya menyingkirkan selebriti itu selepas memperoleh 482 undi, sementara Afdlin sekadar berpuas hati dengan 372 undi.
"Saya bersyukur kerana keputusan tidak rasmi pemilihan KEADILAN telah menunjukkan saya dipilih sebagai salah seorang daripada empat naib presiden KEADILAN dan mempertahankan jawatan ketua cabang Setiawangsa.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada saudara Rafizi Ramli kerana berjaya dipilih sebagai sebagai timbalan presiden; saudara Amirudin Shari, Chang Lih Kang dan Aminuddin Harun yang dipilih dalam barisan naib presiden bersama saya," tambahnya lagi.

Yakin KEADILAN dalam landasan terbaik |

0 Comments