PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap merupakan calon perdana menteri bagai gabungan itu, kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.
Anthony yang juga Setiusaha Agung DAP dipetik laporan Malay Mail berkata tiada perubahan terhadap keputusan dibuat mereka sebelum ini yang dibuat secara bersama pemimpin gabungan itu.
Malah beliau turut mengulangi pendirian partinya untuk memastikan Anwar diangkat mengetuai pentadbiran di negara ini.
"Bagi DAP sudah pasti kita dalam HARAPAN, apa pun keputusan HARAPAN mesti dibuat bersama, secara konsensus.
"Kami membuat keputusan lama dahulu. Itu keputusan tetap. Selagi tiada keputusan baru, maka keputusan itu masih kekal," katanya dipetik.
Terdahulu Umno mengumumkan Naib presiden mereka, Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi Barisan Nasional (BN) memenangi semula mandat rakyat.
Sementara Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu Razali Idris berkata partinya akan menawarkan Muhyiddin sebagai perdana menteri jika Perikatan Nasional (PN) menang dalam PRU akan datang.
Sebelum ini terdapat persoalan apakah Anwar masih relevan untuk dilantik perdana menteri susulan prestasi merudum gabungan itu selepas 'langkah Sheraton'
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan menyatakan bahawa Anwar masih individu relevan memimpin gabungan pembangkang sekaligus calon paling sesuai diangkat sebagai perdana menteri sekiranya gabungan itu diberi mandat oleh rakyat.
sementara, bekas Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid turut memberi pandangan sama dengan menyandarkan beberapa pencapaian Anwar ketika berada dalam kerajaan pada era 90-an dahulu.
"Anwar belum ditonjolkan kelebihan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan kalau kita lihat lontaran idea Anwar.
"Beliau telah banyak membantu kerajaan memberi pendapat menyeluruh, rekod cemerlang ketika menjawat jawatan menteri dahulu dan selayaknya diberi peluang terajui kepimpinan negara," kata Ahli Parlimen Kapar itu dipetik.
BACA: Anwar wajar diberi peluang terajui kerajaan
Sebagai rekod, Anwar sepatutnya diangkat menggantikan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri bagi pentadbiran gabungan itu.
![]() |
HARAPAN tetap calonkan Anwar |
0 Comments