TARIKH debat antara Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak telah dimuktamadkan untuk diadakan pada 12 Mei ini.
Pengumuman program debat itu dibuat Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil dalam sidang media bersama di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pada sidang media mereka memaklumkan bahawa debat tersebut akan berlangsung pada jam sembilan malam di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM).
Debat yang dijangka menarik perhatian ramai akan dibahagi kepada tiga sesi iaitu berkaitan isu Sapura Energy Bhd (SEB), hala tuju negara dan terakhir sesi soal dan jawab.
Kem Najib sebelum ini mengkritik Anwar setelah pemimpin pembangkang itu berkata bersedia untuk berdepan Najib pada bila-bila masa.
Bagaimanapun kesediaannya itu jadi sindiran Isham Jalil yang meminta Anwa menghormati Ramadan kerana orang ramai katanya beribadat.
![]() |
Debat Anwar-Najib dijangka tarik perhatian ramai |
“Najib cabar saya debat, dia cabar bulan Ramadan, jadi saya jawab bulan Ramadan nak cabar debat buat apa. Jadi dah cabar debat, kita pula pantang dicabar jadi saya terpaksa terima. Kalau saya tak terima cabaran nanti dia kata saya tak berani pula,” kata Anwar.
Anwar sebelum ini berkata, semua media termasuk arus perdana harus dibenarkan membuat liputan debat itu, namun difahamkan kem Najib lebih berminat ia berjalan secara langsung di portal Malaysia Gazette.
0 Comments