NAJIB RAZAK didakwa membuat penafian kosong setelah memfitnah bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mengamalkan nepotisme.
Dalam pernyataan balas terhadap pembelaan Najib, Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Najib jelas memfitnahnya melalui hantaran dimuatnaik Najib dalam akaun Facebook yang merujuk kepada dirinya dan anak perempuannya, Nurul Iman.
Difahamkan hantaran Ahli Parlimen Pekan itu merujuk kepada Nurul yang dilantik sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah dalam Amanah Ikhtiar Malaysia, pada 2018.
Terdahulu Dzulkefly memfailkan saman fitnah berjumlah RM5 juta terhadap Najib.
Dzulkefly, dalam penyata tuntutannya mendakwa Najib memfitnahnya dengan dakwaan dibuat dalam catatan Facebook bertarikh 24 Ogos 2020 dan Dzulkefly memaklumkan, ia dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu
Hantaran Facebook Najib itu turut dikepilkan bersama tangkap layar daripada Sinar Harian (diterbitkan pada 28 Jan – 19 bulan sebelum membuat hantaran di Facebook), dengan Ahli Parlimen Pekan itu berkata, tindakannya untuk membenarkan orang awam mengkaji secara adil berhubung isu berkenaan.
Sebelum ini, Najib berkata, beliau tidak berniat memfitnah Dzulkefly dalam hantaran dibuat, pada 14 Ogos 2020.
Dzulkefly, dalam pernyataan balas itu berkata tangkap layar yang mengandungi namanya, foto dan penerangan dirinya sebagai menteri kesihatan – kesemuannya secara jelas merujuk kepada dirinya.
“Fakta ini dalam pengetahuan defendan (Najib) yang juga bekas perdana menteri,” katanya dalam pernyataan balas.
Sementara itu plaintif berkata, dakwaan Najib mengatakan beliau hanya merujuk kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam hantaran berkenaan disifatkan sebagai tidak berasas kerana Dzulkefly dan gabungan itu berkaitan dan sepatutnya dilihat sebagai secara kolektif.
“Pembelaan secara sengaja memutar belit dan memusingkan artikel itu untuk mewujudkan gambaran plaintif melakukan salah laku terhadap dirinya, demi mencemarkan nama baiknya
“Plaintif merayu bahawa dakwaan Najib adalah satu pemikiran selepas itu bagi menutup kesalahannya,” kata Dzulkefly dengan menegaskan bahawa kelakuan defendan digerakkan dengan niat jahat bertujuan menjatuhkan reputasi dirinya di mata orang ramai.
“Beliau bertindak secara melulu, tidak berperasaan tanpa provokasi,” tambahnya.
Dzulkefly memfailkan saman berkenaan, pada 31 Dis tahun lalu. Beliau mendakwa pelantikan Nurul sudah dibuat sebelum beliau dilantik sebagai menteri kesihatan dalam kerajaan HARAPAN dan anaknya itu dilantik semula pada kedudukannya berkenaan dalam syarikat mikrokredit, awal tahun lalu.

![]() |
Dzulkefly dakwa Najib berniat jahat |