Ismail calon PM Umno, jangan terlalu percaya


APAKAH krisis perlantikan menteri besar yang berlaku selepas pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini bakal berulang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Persoalan itu timbul setelah Umno mengumumkan Ismail Sabri Yaakub sebagai calon perdana menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi PRU ke-15.

Sebelum ini, Umno menjadikan bekas menteri besar, Hasni Mohamad sebagai 'poster boy' Hasni dicanang calon menteri besar jika Umno menang PRN itu.

Namun selepas menang bergaya, Onn Hafiz pula akhirnya dilantik ke jawatan itu.

Timbul juga tanda tanya, apakah pengumuman dibuat Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan tu satu lagi gesaan supaya Ismail segera membubarkan Parlimen bagi memberi jalan kepada PRU.

Tidak kurang juga yang melihat pengumuman Umno itu hanya sebagai satu strategi melembutkan bantahan rakyat terhadap dua pemimpin kanan Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa di mahkamah sekarang.

Tanda tanya apakah Umno akan mengotakan janji melantik Ismail sebagai perdana mentri dikuatkan lagi dengan kenyataan Tajuddin Abdul Rahman.

Tajuddin yang juga ahli MKT turut membangkitkan krisis yang berlaku di Johor bulan lalu.

"Saya ada mempersoalkan dalam mesyuarat MKT, bahawa ia tiada jaminan," kata Ahli Parlimen Pasir Salak yang mendakwa penyokong kuat Ismail itu.
 
Media turut melaporkan Umno terpaksa menamakan Ismail bagi meyakinkan rakyat kerana parti itu sendiri tiada pilihan.

Felo kanan Akademi Nusantara (kajian strategik) Azmi Hassan berkata, dari segi strategi, keputusan Umno itu bukan mengejutkan.

“Tangan Umno terikat. Ismail adalah perdana menteri sekarang dan tidak menamakannya sebagai calon untuk PRU15 dilihat tidak baik untuk parti itu," katanya dipetik laporan FMT.  

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania pula mempunyai pandangan sama.

Tiada jaminan Umno bakal kota janji
Umno katanya tidak mempunyai banyak pilihan mengenai siapa yang hendak dicalonkan berikutan kes mahkamah yang dihadapi presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menyifatkan Ismail sebagai “wajah Umno yang boleh diterima” dengan melihat kes rasuah melibatkan kedua-dua pemimpin itu keputusan itu jelasnya “tidak merugikan Umno”.

Pengumuman Umno turut menarik perhatian wartawan veteran Abdul Kadir Jasin.

Melalui hantaran di Facebooknya berkata adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi Ismail akan mendapat jawatan itu.

"Jangan terlalu percaya, kerana kita mungkin melihat situasi Johor berulang," tulisnya.

Post a Comment

0 Comments