BEKAS Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak jujur dalam mempertahankan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Ahli Parlimen Kapar.
Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dalam temubual eksklusif bersama Utusan Malaysia dipetik berkata, Dr Mahathir banyak membuat keputusan yang tidak menyebelahi rakyat.
Antaranya dengan bersikap sentiasa mengetepikan janji-janji gabungan itu kepada rakyat sepanjang pemerintahan beliau.
“Pimpinan HARAPAN yang banyak membuat keputusan tidak mementingkan rakyat ialah Dr. Mahathir dan tidak dilupakan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya mempertahan semua perkara yang dicuba untuk menidakkan hak rakyat.
"Saya tidak berkompromi dengan banyak idea Dr. Mahathir,” katanya menurut laporan itu.
Mengulas lanjut berkenaan masa depan negara, bekas Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu berpandangan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim masih relevan untuk menjadi Perdana Menteri.
“Rakyat tidak boleh keliru dengan kepimpinan Dr. Mahathir sepanjang 22 bulan HARAPAN memerintah.
"Anwar belum ditonjolkan kelebihan beliau untuk menjadi Perdana Menteri dan kalau kita lihat lontaran idea Anwar, beliau telah banyak membantu kerajaan memberi pendapat menyeluruh,” katanya lagi.
![]() |
Ketokohan Anwar Ibrahim tak boleh disangkal |
“Beliau meletakkan standard yang tinggi dalam kepimpinan kerana sifatnya yang mendengar suara rakyat,” katanya.
0 Comments