MEMORANDUM persefahaman (MoU) antara Pakatan harapan (HARAPAN) dengan kerajaan diketuai Ismail Sabri yaakon tidak mustahil bakal dilanjurkan.
Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil berkata begiru dipetik laporan portal FMT berikutan pendirian Majlis Kerja tertinggi (MKT) Umno yang memutuskan supaya Mou itu tidak diteruskan selepas ia berakhir Julai ini.
Menurut laporan itu lagi, Fahmi mengingatkan Umno bahawa MoU itu adalah antara gabungan pembangkang dengan kerajaan pusat, bukan dengan parti individu dalam kerajaan.
Malah menguatkan hujah bahawa MoU itu perlu diteruskan adalah kerana terdapat empat lagi perkara dalam MoU yang perlu dilaksanakan menjelang 31 Julai ini.
Perkara itu adalah undang-undang anti-lompat parti, penggal 10 tahun jawatan perdana menteri, pengembalian semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan pindaan Peraturan Mesyuarat Parlimen.
Fahmi Fadzil.
“Seperti yang kita lihat dengan rang undang-undang (RUU) anti-lompat parti, beberapa parti dalam kerajaan meminta lebih masa dan Jawatankuasa Pemandu MoU mengemudi isu ini.
![]() |
Masih ada perkara perlu dilengkapkan |
MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai kerajaan persekutuan dengan HARAPAN pada 13 Sept 2021, berkuat kuasa sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.
Ia antara lain menyatakan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai ini.
0 Comments