Aminuddin ganti Anwar di P132 hanya andaian



PRESIDEN
parti Keadilan Rakyat ( KEADILAN ), Datuk Seri Anwar Ibrahim belum memutuskan sama ada beliau akan mempertahan kerusi Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketika ditemui media selepas tinjauan mesra di Bazar Ramadan di Batu 4, Port Dickson semalam, Anwar berkata ketika ini tumpuan adalah kepada pemilihan parti itu yang dijangkan berlangsung bulan hadapan. 

"Mengenai soal bertanding di sini, saya belum membuat keputusan lagi,” katanya.

Beliau juga berkata belum ada sebarang keputusan untuk menamakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon parti itu di kerusi Parlimen Port Dickson pada PRU15.

"Belum ada apa-apa keputusan dan tak perlu buat andaian. Ini masa pemilihan parti dan bukan pilihan raya, justeru ia tiada kaitan, yang menang kemungkinan akan jadi calon dan yang tak menang pun kemungkinan jadi calon PRU," katanya.

Anwar gesa fokus pada pemilihan parti
Anwar sebelumnya ditanya apakah keputusan Aminuddin untuk merebut jawatan Ketua Cabang KEADILAN Port Dickson pada pemilihan parti adalah sebagai laluan bertanding di kerusi Parlimen itu pada PRU15.

"Bagi saya, siapa nak bertanding tiada masalah dan saya katakan 'okey' pada semua. Siapa nak bertanding dalam lima penjuru, semua saya kata okey dan silakan," katanya Anwar.

Post a Comment

0 Comments