Terjunam dari ketinggian lebih 3000 kaki, pesawat hancur sepenuhnya


 PESAWAT penumpang milik China Eastern Airlines terhempas di pergunungan selatan China pada Isnin.

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) melaporkan pesawat terbabit dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou.

Stesen TV CCTV memaklumkan pesawat terbabit adalah jenis Boeing 737 dengan 123 penumpang dan sembilan anak kapal berada dalam pesawat ketika kejadian.

Pesawat dengan pendaftaran Penerbangan MU5735 itu terputus hubungan berdekatan bandar Wuzhou di daerah Teng.

Susulan kejadian itu pasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian.

"CAAC telah mengaktifkan mekanisme kecemasan dan menghantar kumpulan penyelamat ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu. pegawai penyelamat dilaporkan sebagai berkata pesawat itu telah hancur sepenuhnya. Kejadian itu turut menyebabkan kebakaran di kawasan pergunungan.

Sementara berdasarkan data FlightRadar24 pesawat itu berlepas dari bandar barat daya Kunming pada jam 1:11 tengah hari (waktu tempatan) dan Ia sepatutnya mendarat di Guangzhou, di pantai timur, pada jam 3:05 petang (waktu tempatan).

Pengesanan penerbangan tamat pada jam 2:22 petang (waktu tempatan) pada ketinggian 3225 kaki dengan kelajuan 376 knot.

Rekod keselamatan industri penerbangan China adalah antara yang terbaik di dunia sepanjang dekad yang lalu.

Punca kejadian belum diketahui
Menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan, kemalangan maut terakhir pesawat China adalah pada 2010, apabila 44 daripada 96 orang di dalamnya terbunuh apabila jet serantau Embraer E-190 milik Henan Airlines terhempas ketika menghampiri lapangan terbang Yichun dalam jarak penglihatan yang rendah.

Pada tahun 1992, sebuah pesawat China Southern jenis Boeing 737-300 yang dalam penerbangan dari Guangzhou ke Guilin terhempas semasa hendak mendarat, membunuh kesemua 141 orang di dalamnya, menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan

 

Post a Comment

0 Comments