Covid-19: Anwar dan kit Siang jalani kuarantin kendiri


KETUA
Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif Covid-19 semalam.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan setiausaha Sulitnya, Shukri Saad menerusi kenyataan yang dihantar kepada media dan dikongsikan di Facebook rasmi Ahli Parlimen Port Dickson itu.

“Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati positif Covid-19 hasil ujian PCR yang dijalankan di Parlimen.

“Datuk Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.
 
Terdahulu, bekas penasihat DAP, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri disahkan dijangkiti Covid-19 setelah melakukan ujian sama di Parlimen.

Kedua mereka dalam keadaan baik
Menurut Setiausaha Politik beliau Syahredzan Johan, setakat ini veteran politik itu hanya mengalami gejala ringan seperti batuk.

Pada Ahad, Anwar dan Kit Siang hadir ke pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di Pusat Konvensyen IDEAL (IDCC) Shah Alam.

Namun, tidak dapat disahkan sama ada keputusan positif Covid-19 diperoleh Anwar berpunca daripada kehadirannya dalam program itu.

Post a Comment

0 Comments