KERAJAAN negeri Kedah dipimpin PAS harus segera menyelesaikan isu bekalan air oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) dan juga isu rumah mampu milik bagi rakyat miskin di negeri itu.
Wakil rakyat Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris melalui hantaran di laman Facebooknya berkata, isu perumahan rakyat negeri Kedah merangkumi rumah murah, rumah sementara, rumah mampu milik kos rendah, rumah mampu milik kos sederhana rendah dan rumah mampu milik kos sederhana wajar diberi perhatian khusus.
“Setelah dua tahun merampas kuasa, kerajaan masih lagi mahu menuding jari kebelakang dengan cuba menyalahkan pihak lain, sedangkan mereka yang memimpin dan sudah sepatutnya melakukan yang terbaik bagi kepentingan rakyat negeri Kedah.
“Laporan yang menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengambilalih sebahagian daripada 77 hektar tanah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) di Bukit Malut, Langkawi bagi membina perumahan baharu bagi penduduk penempatan haram berhampiran adalah tidak wajar sama sekali.
Isu kediaman rakyat miskin perlu diambil perhatian |
Malah tegasnya lagi, kerajaan seharusnya mengutamakan rakyat tempatan yang masih begitu ramai miskin dan bukannya memberi keutamaan dengan menyediakan perumahan kepada pendatang Burma sepertimana yang telah dibangkitkan, seolah-olah ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan.
0 Comments