SEORANG Ahli Parlimen mempersoalkan adakan majikan perlu menampung kos pentadbiran dan tempat untuk vaksin Covid-19.
Dipetik laporan oleh Malaysiakini, Yeo Bee Yin yang juga adalah bekas menteri tenaga, teknologi, sains, perubahan iklim dan alam sekitar berkata kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion untuk perolehan vaksin Covid-19 dan RM1.5 bilion untuk menampung perbelanjaan pentadbiran dalam Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (NIP).
"Ketika Fasa 4 bermula, majikan diminta untuk membayar yuran pentadbiran vaksinasi.
"Adakah ini bermakna NIP sekarang telah berbelanja melebihi peruntukan RM5 bilion? Sepatutnya belanjawan vaksin dan yuran pentadbiran vaksinasi berjumlah RM 3.5 bilion dan RM 1.5 bilion, dan percuma untuk semua orang," katanya.
Ahli Parlimen Bakri itu menggesa kerajaan menerbitkan laporan perbelanjaan sejak awal NIP dilaksanakan, Ia jelasnya bagi memastikan wang negara telah digunakan dengan telus.
Malaysia kini dalam laporannya berkata, majikan dijangka membayar RM15 setiap dos bagi setiap pekerja untuk "kos pentadbiran" di tempat pengambilan vaksin.
Bagi mereka yang memilih untuk mendapat vaksin di pusat vaksinasi, majikan juga mesti membayar RM30 setiap dos setiap pekerja.
Kerajaan sebelum ini memaklumkan akan mensubsidi sepenuhnya kos semua vaksin Covid-19.
Dia berkata walaupun ramai majikan mungkin tidak keberatan dengan perbelajaan tambahan asalkan perniagaan dapat dibuka dengan lebih cepat semasa wabak Covid-19, namun ada juga peniaga yang menanggung kesan teruk pandemik dan tidak dapat menanggung kos.
Sementara itu Bee Yin menggesa kerajaan membuat penilaian yang adil tentang siapa yang mesti diutamakan dalam program vaksinasi berkenaan.
"Saya menggesa kerajaan untuk tidak mengabaikan penjaja, peniaga kecil, penyedia perkhidmatan kecil seperti pendandan rambut sebagai barisan hadapan ekonomi.
"Dalam dialog saya dengan penjaja dan peniaga pasar di daerah Bakri, kebanyakan mereka bimbang dengan jangkitan yang tinggi tetapi masih perlu membuka gerai mereka pada bila-bila masa dibenar berbuat demikian, kerana bagi mereka tidak ada kerja bererti tidak ada pendapatan. Terbit laporan untuk pastikan telus
"Kerajaan perlu memastikan bahawa program vaksinasi barisan hadapan sektor ekonomi tidak akan memburukkan lagi jurang antara orang berada (memiliki kekayaan) dan golongan miskin sepanjang wabak ini," katanya dipetik laporan tersebut.
0 Comments