KETUA PEMBANGKANG, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pandangan bahawa langkah darurat dibawa pentadbiran Muhyiddin Yassin hanya untuk menyelamatkan kedudukan kerajaan dan bukannya menjaga kepentingan rakyat.
Bercakap pada sesi webinar bertajuk Memimpin Negara Pasca Covid-19 dan Melonjak Semula Ekonomi Negara bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Presiden KEADILAN itu turut berkata bahawa langkah itu telah gagal menangani penularan Covid-19.
“Darurat ini akan bawa malapetaka sebab ia tidak boleh bandingkan dengan darurat 1969. Kalau kita buat darurat sekarang dan andai kata kita dapat tangani penularan Covid-19, tapi kita tidak boleh menyuntik keyakinan pelabur kerana dalam keadaan darurat itu orang tidak akan yakin.
“Tidak ada alasan yang munasabah sama sekali untuk lakukan darurat, darurat yang kita lakukan ini memang hambar, dan memang mengecewakan. Hanya digunakan untuk menjaga kedudukan politik seseorang,” katanya.
Tambah Anwar lagi, kerajaan PN juga lemah dalam mengurus pemberian vaksin kepada rakyat, ia jelasnya dapat dilihat apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempersoalkan kadar agihan vaksin yang rendah untuk penduduk negeri itu.
“Kita tegaskan bahawa (Perikatan Nasional) lembap, tidak telus dan terlalu banyak kerenah tidak tahu entah komisyennya, saya tidak tahu apa yang menyebabkan vaksin ini lambat, sehingga Sultan Selangor sendiri terpanggil untuk zahirkan bagaimana kenyataan itu amat mengelirukan.
“2.9 juta dos vaksin sampai padahal 615,000 sahaja (diterima), inilah gambaran keadaan yang kusut,” tegas Anwar.
Minggu lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa terkejut dan kecewa kerana Selangor menerima jumlah vaksin yang rendah daripada yang sepatutnya diterima.
Titah baginda, keutamaan dalam agihan vaksin seharusnya diberikan kepada negeri ini memandangkan Selangor adalah penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menegaskan pihaknya hanya menerima 615,000 dos vaksin Covid-19 setakat 1 Jun lalu.
Darurat hanya jaga hayat politik, kata Anwar |
Ujarnya, syarikat-syarikat ini perlu diberikan tanggungjawab mereka sebagai pemain industri dengan menolong kerajaan menjalankan program imunisasi bagi kakitangan dan ahli keluarga mereka.
“Apa salahnya benar dan izinkan mereka beli vaksin dan ambil tanggungjawab untuk suntik pekerja dan ahli keluarga mereka,” katanya lagi.
0 Comments