PUTRAJAYA tiada alasan untuk melanjutkan lagi tempoh darurat, kata seorang penganalisis politik.
Geostrategis, Prof. Dr. Azmi Hassan dipetik laporan FMT memberi gambaran bahawa darurat diusulkan kerajaan Muhyiddin Yassin sebelum ini gagal menangani lonjakan kes Covid-19. Keadaan itu ditambah dengan ekonomi negara semakin lembab yang sekaligus menjadikan pendemik itu bukan lagi alasan yang dapat diterima bagi kerajaan melanjutkan tempoh darurat.
Dr Azmi juga mengingatkan kerajaan supaya tidak menggunakan pilihan raya negeri (PRN) Sarawak sebagai alasan.
"Rakyat diberitahu tempoh darurat akan ditamatkan pada Ogos dan “mereka sekarang menunggu waktu itu. Tetapi dengan PRN Sarawak akan datang tahun ini, kerajaan boleh menggunakannya sebagai alasan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya melanjutkan tempoh darurat.
“Tetapi ini boleh dibendung jika Agong mengisytiharkan darurat di kawasan tertentu,” katanya dipetik.
Pandangan sama disuarakan Penganalisis politik Kenneth Cheng.
Katanya, Muhyiddin Yassin memohon agar darurat diisytiharkan pada Januari untuk menangani krisis Covid-19, tetapi angka Covid-19 terus meningkat, namun kerajaan gagal mencapai matlamatnya, dengan jangkitan Covid-19 tertinggi direkodkan pada hujung Mei.
“Kerajaan mungkin sudah kehabisan alasan untuk melanjutkan darurat,” kata sambil menegaskan bahawa Parlimen sepatutnya bersidang kembali pada September kerana angka Covid-19 dijangka menurun dengan mendadak menjelang waktu itu.
Oh Ei Sun, seorang felo di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata sepanjang darurat, Muhyiddin terus memerintah walaupun sebagai kerajaan minoriti.
“Tanpa darurat, beliau mesti mengundurkan diri atau mengadakan pilihan raya. Agong mungkin tidak memperkenan pilihan raya umum diadakan di kala wabak," jelasnya. Apa lagi alasan kerajaan PN?
Beliau turut menekankan bahawa penamatan darurat penting seupaya Parlimen boleh bersidang dan mengembalikan fungsinya.
0 Comments