Anwar ingatkan k'jaan, rakyat tak patut dibiar kelaparan


KERAJAAN tidak boleh lagi terus menerus menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh sehingga menyebabkan rakyat berada dalam keadaan kelaparan.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan harus mencari jalan bagi memastikan rakyat dapat dibela dengan memberikan suntikan kewangan.

“Kita tidak boleh terus dengan PKP dan biar rakyat lapar, mesti ada suntikan kewangan. Orang akan tanya dari mana nak dapatkan sumber kewangan kalau pinjam pun pinjamlah,” katanya.

Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata begitu dalam sesi webinar bertajuk Memimpin Negara Pasca Covid-19 dan Melonjak Semula Ekonomi Negara bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Sementara itu Anwar mempersoal kegagalan menteri-menteri dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) yang jelasnya walaupun bersaiz besar namun gagal melaksanakan langkah terbaik bagi menangani pandemik.

Kegagalan itu menurutnya dapat dilihat melalui kenyataan bercanggah antara menteri-menteri sehingga menyebabkan pelaksanaan dasar kerajaan  tidak seragam.

Justeru katanya, kerajaan
“Kerajaan sekarang memang gagal kerana setiap hari kenyataan bercanggah, ramai ‘panglima besar’ tetapi tidak seragam pendapat mereka.

Penyeragaman perlu untuk kawal wabak
“Hari ini buat kenyataan dan esok disanggah oleh menteri yang lain, ada menteri yang kritik keputusan Kabinet dan sebagainya.

“Ini tentunya mengelirukan sebab itu kita perlu ada satu di peringkat pusat, negeri dan daerah,” kata sambil mengingatkan bahawa  perlu ada penyeragaman tindakan lanjutan di semua peringkat bagi memastikan pelaksanaan PKP dapat mengoptimumkan pengawalan pandemik Covid-19.

 

Post a Comment

0 Comments