SEKURANG-KURANGNYA tujuh Ahli Parlimen dari Umno termasuk dua menteri didakwa telah bersetuju dengan cadangan keluar kerajaan Perikatan Nasional sebelum 1 Ogos ini.
Perkara itu diberitahu seorang sumber seperti dilapor portal dalam talian FMT.
Tambah individu itu lagi, beliau percaya lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan mengikut keputusan untuk meninggalkan kerajaan PN yang dikepalai Mahiaddin Md Yassin yang ketika ini berdepan kritikan hebat rakyat susulan didakwa gagal menangani isu rakyat termasuk dalam isu pendemik.
“Saya percaya majoriti Ahli Parlimen akan ikut apabila MKT mengumumkan keputusan untuk ‘pull the plug’ sebelum 1 Ogos,” kata individu tersebut dipetik.
Sebegai rekod, Umno adalah blok penyokong terbesar kepada kerajaan PN yang mempunyai sokongan amat rapuh di Dewan Rakyat. Kerajaan PN difahamkan akan tersingkir dari tampuk kuasa sekiranya usaha membawa keluar Umno dari kerajaan berjaya.
Semalam Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, di tengah Kuala Lumpur
Tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dianggap sebagai sedang mengatur gerakan susulan selepas PN cuba mengendurkan keadaan dengan mengumumkan pembukaan semula parlimen.
Ahmad Zahid juga dilaporkan memperoleh ikrar bertulis daripada sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menyokong keputusan yang akan dibuat parti.
Selain pertemuan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Zahid dilapor turut dijemput hadir dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno di Wisma Perwira iaitu sebuah bangunan dimiliki tentera di Kuala Lumpur malam tadi.
Sebagai rekod, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub, dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, antara wakil rakyat Umno yang secara terbuka mengumumkan mereka tidak menyokong kerajaan Muhyiddin Yassin.
Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim, dan Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa, antara yang dilaporkan menentang langkah menarik balik sokongan Umno terhadap kerajaan PN.
Perkara itu diberitahu seorang sumber seperti dilapor portal dalam talian FMT.
Tambah individu itu lagi, beliau percaya lebih ramai Ahli Parlimen Umno akan mengikut keputusan untuk meninggalkan kerajaan PN yang dikepalai Mahiaddin Md Yassin yang ketika ini berdepan kritikan hebat rakyat susulan didakwa gagal menangani isu rakyat termasuk dalam isu pendemik.
“Saya percaya majoriti Ahli Parlimen akan ikut apabila MKT mengumumkan keputusan untuk ‘pull the plug’ sebelum 1 Ogos,” kata individu tersebut dipetik.
Sebegai rekod, Umno adalah blok penyokong terbesar kepada kerajaan PN yang mempunyai sokongan amat rapuh di Dewan Rakyat. Kerajaan PN difahamkan akan tersingkir dari tampuk kuasa sekiranya usaha membawa keluar Umno dari kerajaan berjaya.
Semalam Presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, di tengah Kuala Lumpur
Tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dianggap sebagai sedang mengatur gerakan susulan selepas PN cuba mengendurkan keadaan dengan mengumumkan pembukaan semula parlimen.
Ahmad Zahid juga dilaporkan memperoleh ikrar bertulis daripada sebahagian besar anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno untuk menyokong keputusan yang akan dibuat parti.
Selain pertemuan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Zahid dilapor turut dijemput hadir dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin Umno di Wisma Perwira iaitu sebuah bangunan dimiliki tentera di Kuala Lumpur malam tadi.
![]() |
7 MP dilapor setuju Umno keluar kerajaan PN |

0 Comments