DUA Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) mendesak Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menghentikan siasatan terhadap kempen #BenderaHitam.
Gesaan itu dibuat atas alasan bahawa gerakan untuk meluahkan rasa kecewa dan kurang senang dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Mahiaddin Md Yassin itu tidak menyalahi undang-undang.
Bekas Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran dalam kenyataan bersama Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah berkata, polis sepatutnya memberi tumpuan terhadap kes jenayah dan rasuah berbanding kempen berkenaan.
Manakala kerajaan pula tegas mereka mesti bertanggungjawab mendengar dan memberi maklum balas terhadap suara rakyat yang menyuarakan penderitaan serta rungutan mereka.
“Adakah Ketua Polis Negara akan mengarahkan pasukan polis memberi fokus terhadap isu lebih relevan dan membiarkan saja proses demokrasi dilakukan secara sah? Bendera putih atau hitam, ia menunjukkan satu tindakan demokrasi yang kuat.
“Amat penting untuk polis membezakan antara rungutan orang yang sah dalam konteks semasa berbanding ancaman sebenar terhadap keselamatan negara seperti memanipulasi isu perkauman dan agama oleh ahli politik dan tentera siber di media sosial,” kata mereka dipetik.
Sebagai rekod, kempen itu dimulakan pada Ahad dengan tiga tuntutan iaitu agar Mahiaddin Md Yassin meletak jawatan, memanggil Parlimen untuk bersidang semula dan menamatkan arahan berkurung.
Sehingga petang Sabtu, lebih 34,000 ciapan dibuat di Twitter dengan tanda pagar #BendaraHitam dan warganet berkongsi gambar bendera itu di media sosial Facebook.
Susulan itu, Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan dilapor media sebagai berkata, polis menyiasat kempen itu kerana berbaur hasutan, kerosakan awam dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian untuk tujuan menyerang.
Bagaimanapun Sivarasa menyifatkan siasatan itu sebagai kerja 'mengarut'
“Tidak ada yang melanggar undang-undang pun mengenai tindakan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, memanggil Parlimen untuk bersidang semula dan menamatkan arahan berkurung serta menggunakan bendera hitam untuk menyuarakan pandangan,” katanya Sivarasa sambil mengingatkan Acryl agar tidak membiarkan pasukan polis digunakan sebagai alat politik.

![]() |
Polis digesa tumpu isu lebih relevan |