DEWAN Rakyat akan bersidang semula pada 26 Julai, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan semalam.
PMO memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 bagi Dewan Rakyat dan 3 hari mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara.
Kerajaan sebelum ini menggantung sidang Parlimen dan DUN susulan pengisytiharan darurat, Banyak pihak terutama pembangkang dan rakyat menyuarakan desakan supaya Dewan dibuka semula bagi membincangkan isu rakyat yang tertekan susulan pedemik Covid-19.
Malah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah tiga kali menzahirkan pandangan supaya Parlimen dibuka segera untuk persidangan.
Sementara itu dipetik laporan media, rata-rata Ahli Parlimen pembangkang dan wakil kerajaan daripada Umno mempersoal tempoh terlalu singkat bagi persidangan yang akan dijalankan.
Fahmi Fadzil (HARAPAN- Lembah Pantai) berkata, tempoh itu terlalu pendek untuk membahas dan membincangkan semua perkara yang berlaku sejak darurat diumumkan 11 Januari lalu.
“Saya mengalu-alukan pengumuman ini tetapi saya berhati-hati tentang bagaimana mereka berhasrat untuk menjalankan sesi tersebut.
“Mereka menekankan proklamasi dan ordinan harus dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen, mungkin bermaksud mereka hanya bermaksud untuk membentangkannya tanpa membiarkan perbahasan dan undian.
“Dalam hal ini, Parlimen menjadi ‘rubber stamp’ untuk eksekutif dan gagal sepenuhnya menyedari maksud perutusan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu pada 16 Jun.
“Mengapa kita harus membiarkan sesi tersebut menjadi suatu peristiwa yang tidak diselesaikan,” katanya dipetik laporan FMT.
Yeo Bee Yin (HARAPAN - Bakri) pula mempertikai kenyataan pembukaan semula persidangan Dewan Rakyat yang dikeluarkan PMO.
“Memberi penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara kepada Ahli Parlimen. Maksudnya hanya jelaskan kepada Ahli Parlimen dan Ordinan Darurat dan isu Covid-19 tidak dibahaskan,” soalnya di Facebooknya.
Manakala Ahli Parlimen Pokok Sena dari Amanah, Mahfuz Omar yang dipetik laporan sama mempersoalkan mengapa sidang Parlimen tamat selepas darurat tamat.
“Ordinan Darurat patut dibentang sebelum tamat darurat. Sidang Parlimen berlarutan sampai 2 Ogos. Dewan Negara sambung selepas itu. Jadi apa maknanya. Adakah kerajaan berniat nak sambung darurat,” katanya.
Ahmad Maslan (Umno - Pontian) melalui catatan di Twitternya pula berpandangan Parlimen wajar bersidang selama untuk tempoh 20 hari memandangkan banyak isu berkaitan rakyat seperti Covid-19, Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan Ordinan Darurat perlu dibahaskan.
Malah tegasnya Ordinan Darurat terutamanya wajar dibahaskan dan bukan cuma diletak atas meja.
Persidangan juga tegasnya wajar diadakan secara bersemuka dan bukan hibrid susulan semua Ahli Parlimen dan sebahagian pekerja di Parlimen sudah divaksinasi.

![]() |
Ahli parlimen persoal tempoh Dewan bersidang |

0 Comments