MAJLIS Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor menyifatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pengoperasian kedai makan gagal.
Presidennya, Zaini Atan yang dipetik laporan Sinar berkata, peniaga hanya memperoleh 20 peratus hasil perniagaan dan pendapatan itu hanya cukup untuk membayar gaji pekerja sahaja dan tidak termasuk kos lain.
Beliau yang bimbang situasi semasa itu akan mengakibatkan ramai peniaga akan gulung tikar menggesa kelonggaran diberikan bagi membolehkan pelanggan makan di premis.
"Kami mewakili golongan peniaga premis makanan memohon kerajaan melonggarkan SOP operasi kedai makan kerana model sekarang dilihat gagal.
"Kita harap dapat 30 peratus daripada kapasiti restoran. SOP sedia ada iaitu hanya untuk pembungkusan tidak dapat menampung kos operasi," katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pada Isnin.
Difahamkan sidang akhbar itu turut dihadiri wakil persatuan peniaga India dan Cina yang secara keseluruhan mewakili lebih 50,000 peniaga di seluruh negeri.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa supaya SOP melawan Covid-19 diubah secara holistik dan berasaskan data yang sahih supaya tidak menekan rakyat.
Baginda bimbang sekatan terlalu lama akan menyebabkan rakyat semakin terbeban dan tertekan.
Sementara itu Setiausaha Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru (PPPPIKMJB), Mohammad Salezan Mohd Salleh pula berharap kerajaan dapat mengkaji kaedah lain yang lebih sesuai berbanding SOP sedang dilaksanakan ketika ini.
"Kaedah 'take away' bagi premis makanan seperti restoran tidak lagi sesuai untuk jangka masa panjang kerana tidak dapat menampung kos operasi," katanya dipetik.
Presidennya, Zaini Atan yang dipetik laporan Sinar berkata, peniaga hanya memperoleh 20 peratus hasil perniagaan dan pendapatan itu hanya cukup untuk membayar gaji pekerja sahaja dan tidak termasuk kos lain.
Beliau yang bimbang situasi semasa itu akan mengakibatkan ramai peniaga akan gulung tikar menggesa kelonggaran diberikan bagi membolehkan pelanggan makan di premis.
"Kami mewakili golongan peniaga premis makanan memohon kerajaan melonggarkan SOP operasi kedai makan kerana model sekarang dilihat gagal.
"Kita harap dapat 30 peratus daripada kapasiti restoran. SOP sedia ada iaitu hanya untuk pembungkusan tidak dapat menampung kos operasi," katanya dalam satu sidang akhbar di Johor Bahru pada Isnin.
Difahamkan sidang akhbar itu turut dihadiri wakil persatuan peniaga India dan Cina yang secara keseluruhan mewakili lebih 50,000 peniaga di seluruh negeri.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa supaya SOP melawan Covid-19 diubah secara holistik dan berasaskan data yang sahih supaya tidak menekan rakyat.
Baginda bimbang sekatan terlalu lama akan menyebabkan rakyat semakin terbeban dan tertekan.
![]() |
Bimbang banyak perniagaan gulung tikar |

0 Comments