KETUA Penerangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin melahirkan rasa pelik dengan tindakan 'luar biasa' Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein yang mengkritik kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menangani pandemik Covid -19.
Ia terutama ketika timbul desas desus mengaitkan nama beliau sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin.
"Saya hairan kerana sebelum ini Hishammuddin tidak pernah mengulas isu-isu yang tidak berkait dengan portfolio beliau sebagai menteri luar, namun sejak nama beliau disebut-sebut sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin, baru kini kita mendengar pandangan Hishammuddin mengenai pengurusan pandemik Covid-19.
"Hal-hal yang diungkap oleh Hishammuddin sebetulnya telah lama diwacanakan oleh khalayak dan turut dibangkitkan oleh beberapa tokoh politik, pakar perubatan dan kesihatan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.
Hishammuddin dalam kenyataan yang dipetik media membuat gesaan agar kerajaan belajar daripada kesilapan lalu dalam usaha melawan wabak Covid-19.
Katanya, karenah birokrasi menghalang Malaysia daripada menerima bantuan negara luar, ketika rakyat negara ini kian gelisah dan letih menghadapi wabak ini.
Mengulas lanjut, Iskandar mempersoalkan siapakah yang dimaksudkan Hishammuddin supaya belajar dari kesilapan itu.
"Siapakah yang Hishammuddin maksudkan dalam kenyataan beliau? Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin atau Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
"Setelah lebih 100 hari sejak tarikh pengisytiharan darurat pada 14 Januari lalu, rakyat telah meletakkan harapan kepada kabinet bersaiz raksasa untuk mencari jalan keluar dalam menghadapi pandemik Covid-19 namun ternyata kerajaan telah gagal.
"Kebanyakan menteri dan timbalan menteri dilihat tidak kompeten serta lebih banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat politik yang menghina serta menyakitkan hati rakyat," katanya.
Sementara itu tambah Shamsul Iskandar, daripada mengkritik kelemahan PN adalah lebih baik untuk Hishammuddin memainkan peranan mendesak perdana menteri Muhyiddin supaya menamatkan darurat dengan segera dan memulihkan demokrasi dengan membuka parlimen.
Ia terutama ketika timbul desas desus mengaitkan nama beliau sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin.
"Saya hairan kerana sebelum ini Hishammuddin tidak pernah mengulas isu-isu yang tidak berkait dengan portfolio beliau sebagai menteri luar, namun sejak nama beliau disebut-sebut sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin, baru kini kita mendengar pandangan Hishammuddin mengenai pengurusan pandemik Covid-19.
"Hal-hal yang diungkap oleh Hishammuddin sebetulnya telah lama diwacanakan oleh khalayak dan turut dibangkitkan oleh beberapa tokoh politik, pakar perubatan dan kesihatan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu.
Hishammuddin dalam kenyataan yang dipetik media membuat gesaan agar kerajaan belajar daripada kesilapan lalu dalam usaha melawan wabak Covid-19.
Katanya, karenah birokrasi menghalang Malaysia daripada menerima bantuan negara luar, ketika rakyat negara ini kian gelisah dan letih menghadapi wabak ini.
Mengulas lanjut, Iskandar mempersoalkan siapakah yang dimaksudkan Hishammuddin supaya belajar dari kesilapan itu.
"Siapakah yang Hishammuddin maksudkan dalam kenyataan beliau? Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin atau Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
"Setelah lebih 100 hari sejak tarikh pengisytiharan darurat pada 14 Januari lalu, rakyat telah meletakkan harapan kepada kabinet bersaiz raksasa untuk mencari jalan keluar dalam menghadapi pandemik Covid-19 namun ternyata kerajaan telah gagal.
Hishamuddin sepatutnya minta tamat darurat |

0 Comments