SEORANG Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) membidas lanjutan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin tanpa pengumuman bantuan kewangan secara menyeluruh.
Hannah Yeoh yang merupakan bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dalam satu kenyataan menyifatkan langkah kerajaan itu sebagai tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, rakyat Malaysia berharap Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bantuan kewangan untuk membantu rakyat Malaysia mengatasi masalah itu.
"Tetapi ini tidak berlaku. Berapa banyak kampit beras yang dapat kita terus berikan? Berapa banyak lagi bakul makanan untuk diedarkan dan berapa minggu lagi yang perlu kita lakukan?" soalnya.
Sementara itu tambahnya, kerajaan tidak seharusnya bertindak seperti warden penjara dengan meletakkan rakyat dalam penjara di rumah mereka.
"Kita hampir tidak dapat bertahan akibat total lockdown selama 2 minggu namun kerajaan mengumumkan lanjutan yang bertujuan untuk menurunkan kes positif Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan.
"Kita mahu kerajaan tidak bersikap seperti warden penjara, meletakkan rakyat dalam penjara di rumah mereka, menjatuhkan hukuman kepada mereka apabila kes Covid yang meningkat disumbang oleh ketidakcekapan kerajaan dan SOP yang mengelirukan, bercanggah dan tidak masuk akal," katanya.
Ahli Parlimen Segambut itu turut membangkitkan isu kelangsungan hidup yang terpaksa dilalui rakyat. Kerajaan dipimpin Muhyiddin pula dakwanya dilihat tidak proaktif dan memilih untuk menggunakan sikap tunggu dan lihat.
Hannah bangkitkan isu kelangsungan hidup rakyat |
"Tidak ada apa-apa untuk PKS (Perusahaan Kecil dan Sederhana) yang kebanyakannya adalah M40. Dan ketika M40 kelemasan, T20 juga tidak bernafas.
"PKS kini pada peringkat terakhir mereka untuk meminta pertolongan," katanya lagi.
0 Comments