Oleh: SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL | Saya mengalu-alukan kenyataan Timbalan Menteri KPDNHEP Rosol Wahid yang mengatakan kerajaan akan berbincang pada Rabu 16 Jun 2021 untuk menyelesaikan isu kenaikan harga minyak masak.
Perbincangan itu akan melibatkan KPDNHEP, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan dan Perladangan.Beberapa hari lepas dalam kenyataan yang dikeluarkan saya ada memberikan cadangan iaitu untuk kerajaan menimbangkan kaedah harga dua peringkat (two-tiered pricing) dan penetapan harga siling minyak masak dengan menggunapakai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri KPDNHEP yang turut menyebut bahawa perbincangan Rabu hadapan akan menimbangkan cadangan penetapan harga siling.
Adalah diharapkan kerajaan akan segera membuat keputusan memandangkan ‘trend’ kenaikan harga minyak masak ini sudah berlaku sekian lama bermula akhir tahun 2020.
Sepanjang tempoh itu rakyat telah melalui beberapa musim perayaan termasuk Krismas, Tahun Baru Cina, Bulan Puasa dan Hari Raya Aidil Fitri, Perayaan Wesak, Pesta Gawai dan Kaamatan dan kini tinggal beberapa minggu lagi Hari Raya Haji. Sedia maklum permintaan terhadap minyak masak akan meningkat ketika musim-musim perayaan ini.
Keputusan segera di pihak kerajaan diharap akan dapat dicapai pada Rabu hadapan dan rakyat akan menerima khabar gembira.
Kenyataan MediaPerbincangan itu akan melibatkan KPDNHEP, Kementerian Kewangan dan Kementerian Perusahaan dan Perladangan.Beberapa hari lepas dalam kenyataan yang dikeluarkan saya ada memberikan cadangan iaitu untuk kerajaan menimbangkan kaedah harga dua peringkat (two-tiered pricing) dan penetapan harga siling minyak masak dengan menggunapakai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri KPDNHEP yang turut menyebut bahawa perbincangan Rabu hadapan akan menimbangkan cadangan penetapan harga siling.
Adalah diharapkan kerajaan akan segera membuat keputusan memandangkan ‘trend’ kenaikan harga minyak masak ini sudah berlaku sekian lama bermula akhir tahun 2020.
Harap keputusan yang mengembirakan rakyat |
Keputusan segera di pihak kerajaan diharap akan dapat dicapai pada Rabu hadapan dan rakyat akan menerima khabar gembira.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu
0 Comments