Kit Siang bidas sikap diam diri Muhyiddin



PEMIMPIN veteran DAP, Lim Kit Siang mengkritik Muhyiddin Yassin yang mengambil sikap berdiam diri dalam isu sama ada Kabinet atau jawatankuasa khas bebas darurat lebih berkuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong  sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak.

Melalui satu kenyataan, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan telah memberi penjelasan berkaitan perkara itu, ia belum memadai tanpa penegasan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

"Ini tidak cukup baik selagi Muhyiddin masih berdiam diri tentang sama ada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat adalah satu-satunya autoriti dan bukan Kabinet atau menteri, yang akan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong jika darurat perlu dilanjutkan.

"Saya menasihati seluruh 19 ahli jawatankuasa yang diketuai Arifin Zakaria untuk mengadakan pertemuan dengan perdana menteri dan mendapatkan jaminan daripadanya, bahawa jawatankuasa khas dan bukan Kabinet atau menteri yang akan menasihati Yang di- Pertuan Agong mengenai sama ada darurat perlu dilanjutkan," katanya dalam kenyataan.

Takiyuddin yang juga adalah Setiausaha Agong PAS dikritik susulan kenyataanya sebelum ini bahawa jemaah menteri akan menasihati Yang di-Pertuan Agong sama ada proklamasi darurat perlu dilanjutkan atau tidak dianggap sebagai satu penghinaan terhadap Jawatankuasa Khas Bebas Darurat.

Pemimpin Umno,  Noh Omar dan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail yang menganggotai jawatankuasa itu menyifatkan kenyataan Takiyuddin itu mengelirukan dan juga satu penghinaan terhadap jawatankuasa tersebut.

Semalam, Takiyuddin berkata kerajaan tetap mengiktiraf Jawatankuasa Bebas Khas Darurat yang dibentuk dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
 
Dalam pada itu Lim berkata, berdasarkan pemahamannya berhubung kenyataan Takiyuddin sebelum ini, penentuan sama ada darurat dilanjutkan atau tidak adalah Kabinet, bukannya jawatankuasa khas berkenaan.

Katanya lagi, Takiyuddin hanya menjelaskan yang kerajaan tidak masuk campur dalam urusan jawatankuasa tersebut.

 Muhyiddin digesa nyata pendirian


"Dari sudut pandang Takiyuddin, sama ada Jawatankuasa khas memberikan nasihatnya atau tidak sama sekali tidak penting dan tidak relevan kerana nasihat Kabinet atau menteri yang akan menjadi kata penentu dalam isu ini.


"Jika Muhyiddin tidak bersedia untuk memberi jaminan kepada jawatankuasa khas yang ia akan memberi kata penentu, lebih baik bubarkan saja jawatankuasa khas ini," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments