PEMUDA Pakatan Harapan (HARAPAN) membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah hari ini berhubung kenyataan dalam isu nasihat kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang kedudukan tempoh darurat.
Ketuanya Mohd Shazni Munir Ithnin berkata, kenyataan Takiyuddin itu telah menyimpang daripada Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang memperuntukkan hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa bebas untuk menasihati YDPA mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19.
"Kami khuatir kenyataan yang dibuat Takiyuddin sebagai salah satu cara menghasut orang ramai untuk bertindak pada YDPA sekiranya YDPA memutuskan sesuatu yang bertentangan atau tidak selari dengan kehendak kabinet yang dianggotai oleh Takiyuddin sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Turut tampil membuat laporan itu ialah Ketua Pemuda Amanah Melaka, Muhammad Kamal serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Pakatan Harapan, Haziq Norizan dan Shahrul Shahabudin.
Beberapa pemimpin politik sebelum ini mengkritik kenyataan Setiausaha Agung PAS itu yang dianggap menghina jawatankuasa ditubuhkan bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara dalam membuat sesuatu keputusan mengenai kedudukan tempoh darurat.
Laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah hari ini berhubung kenyataan dalam isu nasihat kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang kedudukan tempoh darurat.
Ketuanya Mohd Shazni Munir Ithnin berkata, kenyataan Takiyuddin itu telah menyimpang daripada Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang memperuntukkan hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa bebas untuk menasihati YDPA mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19.
"Kami khuatir kenyataan yang dibuat Takiyuddin sebagai salah satu cara menghasut orang ramai untuk bertindak pada YDPA sekiranya YDPA memutuskan sesuatu yang bertentangan atau tidak selari dengan kehendak kabinet yang dianggotai oleh Takiyuddin sendiri,” katanya dalam kenyataan.
Bimbang kenyataan Takiyuddin satu bentuk hasutan |

0 Comments