BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak dilapor gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah berkaitan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1.69 bilion terhadap dirinya.
Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Ahmad Bache melalui e-mel kepada pasukan peguam yang mewakili Najib dan LHDN.
Sehubungan itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh meneruskan notis kebankrapan terhadap bekas perdana menteri itu.
Najib yang merupakan Ahli Parlimen Pekan sebelum ini mengemukakan permohonan itu atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari lalu adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.
Notis itu juga dakwanya merupakan taktik konspirasi politik yang bertujuan untuk merosakkan karier politiknya.
Kerajaan, melalui LHDN sebelum ini telah memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.
Berdasarkan notis berkenaan, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.
Pada 22 Julai tahun lalus, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus dimana mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan 16 Jun ini ditetapkan sebagaitarikh pendengaran.LHDN boleh teruskan notis kebangkrapan
Walau bagaimanapun, mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.
0 Comments